Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Anggap Remeh, Doktor Ini Dedah Sebab Penting Kenapa Suami Perlu Mohon Cuti Bersalin, ‘Paternity Leave’

Gambar : Dr. Say Shazril
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Semua orang pastinya sedia maklum tentang cuti bersalin yang merupakan salah satu faedah pekerja yang memberikan cuti bergaji kepada wanita. Selalunya tempoh mininum untuk cuti ini telah ditetapkan melalui undang-undang.

Menurut Perintah Am 25 dan 26, 54 Bab ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998 telah menetapkan bahawa cuti bersalin minimum adalah selama 60 hari dan terhad kepada 5 orang anak sahaja.

Dan perkara ini turut dinyatakan dalam intipati Bajet 2018 yang mahu meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun .

Gambar Hiasan

Namun apabila berbicara mengenai isu ini, mungkin ada di antara anda yang kurang cakna mengenai paternity leave.

Paternity leave ini sebenarnya adalah cuti yang diperuntukkan kepada lelaki (suami) yang isterinya bersalin selama satu minggu atau lebih bergantung kepada majikan masing-masing.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh doktor selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih suka dipanggil sebagai Dr. Say Shazril. Beliau menceritakan pengalaman menjaga isterinya dan anak sulung mereka.

Dr. Say menyatakan bahawa menjaga bayi bukanlah sesuatu tugas yang mudah dan suami perlu ada di samping isteri untuk menyokong dan membantu. Jangan pandang perkara ini dan menyerahkannya bulat-bulat kepada si isteri.

Perkara ini disokong oleh seorang seorang pengguna Facebook, Siti Sarah Abdullah yang menjelaskan:

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong untuk seseorang suami itu mengambil paternity leave.

Antaranya adalah untuk membina hubungan anak dan ayah, membantu menguruskan hal dalam rumah, mengurangkan risiko tekanan perasaan (Postpartum Despression), menjaga kebajikan anak dan isteri dan lebih produktif apabila kembali bekerja.

Gambar Hiasan

Negara-negara di luar seperti Sweden, Norway, Iceland, Finland telah lama memperuntukkan tempoh cuti bersalin (paternity leave) bagi kaum bapa sekitar 8 ke 12 minggu serta boleh berkongsi (bersama isteri) dengan pilihan polisi gaji yang fleksibel.

Rujukan

Elizabert Anderson. 2016. Dipetik Dari Mapped: Paid Paternity Leave Across The Eu, Which Countries Are The Most Generous? pada 20 Jun 2019.

MyRedaksi. 2019. Dipetik Dari Inisiatif Bonus Penjawat Awam Bajet 2019 Belanjawan Malaysia pada 20 Jun 2019.

Nikolletta Bika. 2016. Dipetik Dari 5 reasons you need an official paternity leave policy pada 20 Jun 2019.

Sumber : Siti Sarah Abdulllah , Dr. Shazril Shaharuddin