Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jual semula minyak masak
Gambar: X @joharighani

Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai RM3 Sekilo Di PETRONAS – Johari

Iqbal Yasir

Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai RM3 Sekilo Di PETRONAS – Johari

Minyak masak merupakan antara bahan penting yang wajib ada di dapur rumah dalam memasak.

Hampir keseluruhan makanan menggunakan minyak dalam menggoreng, menumis dan sebagainya.

Namun, apa jadi dengan lebihan minyak yang digunakan selepas memasak? Kebiasaannya, masyarakat akan membuang minyak yang tidak boleh digunakan lagi.

Tahukah anda, sebenarnya minyak masak boleh dikitar semula? Paling menguntungkan adalah anda boleh mendapat wang apabila mengitar semula bahan tersebut.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan minyak masak yang tidak lagi digunakan akan dibeli semula oleh Syarikat Minyak, PETRONAS Dagangan Berhad dengan harga RM3 bersamaan 1 kilogram (kg).

Beliau dalam satu hantaran di platform X memaklumkan bahawa ia merupakan inisiatif kementerian itu bersama PETRONAS di bawah Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai tahun ini.

Gambar: X @joharighani

“Minyak masak terpakai jangan buang, PETRONAS Dagangan Berhad beli semula RM3 = 1KG.

“Inisiatif Kementerian @MyKomoditi bersama @Petronas Dagangan Berhad menyasarkan pengumpulan 300,000 kilogram bagi Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai tahun ini,” katanya.

Untuk pengetahuan ramai, kementerian bersama PETRONAS akan meluaskan program tersebut di lima bazar ramadan yang terpilih.

Antara bazar yang melaksanakan program tersebut ialah bazar ramadan Desa Pandan, bazar ramadan USJ4, bazar ramadan Bandar Kinrara, bazar ramadan Puchong Prima dan bazar ramadan Puncak Jalil (PUJ3).

BACA: “Datang ke Arsenal”, Mbappe Ketawa Lepas Peminat Minta Sertai Arsenal

Pun begitu, Johari berkata minyak masak terpakai juga boleh dihantar ke stesen 50 stesen PETRONAS berhampiran untuk menjualnya.

“Pengumpulan minyak masak terpakai ini bertujuan untuk langkah proaktif dalam persediaan mengkomersilkan biobahan api penerbangan lestari atau Sustainable Aviation Fuel (SAF) bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas emissions) di sektor penerbangan.

“Jadi kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan dan orang ramai yang mempunyai minyak masak terpakai, boleh ke stesen PETRONAS atau bazar Ramadan terpilih,” ujarnya.

Difahamkan juga, dengan hanya menghantar minyak masak terpakai ke stesen PETRONAS, orang ramai tidak hanya membersihkan dapur tetapi juga membantu melindungi saluran air daripada pencemaran, memajukan ekonomi kitaran dan menyokong pngeluaran biobahan api Malaysia.

Sumber: X @joharighani