Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Buang Merata-Rata, Pelitup Muka Dijangka Ambil Masa 450 Tahun Untuk Terurai

Gambar: Bernama TV

Sejak wabak COVID-19 tersebar di Malaysia, pemakaian pelitup muka telah dipraktikkan dan menjadi norma baharu di negara ini.

Malangnya, tak sedikit daripada kita yang tidak bertanggungjawab, membuang pelitup muka di tempat tak sepatutnya. Antara tempat yang menjadi ‘sasaran’ pembuangan pelitup muka ini termasuk jalan raya, kawasan parkir dan longkang.

Pembuangan pelitup muka di tempat yang tak sepatutnya ini menjadi salah satu ancaman terhadap alam sekitar termasuk hidupan akuatik.

Menurut laporan Sinar Harian, tahun lalu sahaja dianggarkan lebih 1.56 bilion daripada kira-kira 52 bilion pelitup muka yang dihasilkan pada 2020 menjadi ancaman kepada hidupan laut.

Pelitup muka bukan bersifat bio-degradasi dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 450 tahun untuk terurai.

Mikroplastik yang dikeluarkan daripada pelitup muka itu akan memasuki rongga hidupan laut yang memberi kesan buruk kepada kitaran hidup haiwan akuatik.

Tanda-tanda hidupan laut semakin tergugat boleh dilihat apabila jumlah pendaratan ikan di Malaysia semakin berkurang.

Kalau korang termasuk dalam golongan individu yang buang pelitup muka merata-rata ni, mungkin korang bertanggungjawab menyebabkan pengurangan hasil laut. Bila hasil laut berkurang tak seiring dengan peningkatan permintaan, maka lebih mahal lah harganya.

Untuk mengelak perkara ini terjadi, orang awam perlu mengetahui cara yang betul untuk membuang pelitup muka selepas digunakan.

Korang boleh ikuti langkah mudah melupuskan pelitup muka pakai buang yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti di bawah:

  1. Tanggalkan pelitup muka

  2. Pastikan tangan tidak menyentuh bahagian luar pelitup muka

  3. Lipat dua pelitup muka yang sudah digunakan

  4. Gulung pelitup muka

  5. Masukkan pelitup muka ke dalam beg plastik atau kertas

  6. Buang pelitup muka ke dalam tong sampah

  7. Basuh tangan selepas melupuskan pelitup muka

Dalam pada kita menjaga sesama kita, jangan lupa untuk jaga kelestarian alam sekitar juga.

Sumber: Bernama TV, Sinar Harian, KKM