Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Hanya dalam tempoh 24 jam, ciapan yang dimuatnaik oleh pengguna twitter yang menggunakan nama Cheq Im tular di media sosial. Mendapat lebih dari 24,000 ulang kicau dan 18,000 tanda suka, Im berkongsikan realiti semasa yang mungkin pernah dilalui oleh kebanyakkan individu.
Im mengetengahkan isu tentang pengutip sampah yang sering diperlekehkan oleh sesetengah pihak. Malah tidak dinafikan bahawa pekerjaan itu sering dianggap sebagai kerjaya picisan. Sekadar memandang luaran, ramai yang terlepas pandang bahawa ini adalah kerja mulia dan tak semua orang mampu melaksanakannya.

Walaubagaimanapun, Im mendakwa bahawa ciapannya itu ditujukan kepada individu yang suka memandang rendah serta memperolok pekerjaan orang lain.

Pendapat Im nyata dipersetujui rata-rata warganet yang turut memberikan pendapat mereka mengenai isu berkenaan.








Sumber: Cheq Im