Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Campur Tangan Urusan PDRM - Anwar

PDRM
Kredit: Bernama

Jangan Campur Tangan Urusan PDRM - Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak berpengaruh supaya tidak mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tindakan undang-undang, khususnya membabitkan sindiket jenayah berskala besar.

Beliau berkata kecenderungan pihak tertentu yang cuba melindungi individu atau kumpulan berpengaruh sebelum ini hanya menyukarkan tugas pasukan keselamatan itu dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Jangan ada campur tangan menghalang tindakan oleh PDRM dan badan penguat kuasa. Kadang-kadang yang melindungi itu orang-orang berpengaruh. Ini menyukarkan kerja PDRM.

“Saya memberikan satu arahan yang sangat jelas, kalau benar kita mahu bertindak, kita juga memberikan nasihat kepada semua yang lain agar jangan sesekali menghalang,” kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan timbalannya Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta pengarah-pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)