Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Gambar: ImageFX
Jangan Cemas, Ini Yang Anda Kena Buat Jika Serangga Masuk Dalam Telinga

Aina Munirah

Jangan Cemas, Ini Yang Anda Kena Buat Jika Serangga Masuk Dalam Telinga

Serangga dan haiwan-haiwan kecil sememangnya wujud dan ada di sekeliling kita tanpa disedari. Biasanya ia ada di kawasan yang gelap dan lembap ataupun DI hutan, longkang dan sebagainya.

Dalam keaadan tertentu, ia juga sebenarnya boleh masuk ke dalam tubuh badan manusia terutamanya telinga tanpa kita sedari.

Apabila serangga atau haiwan kecil ini masuk ke dalam telinga, kita biasanya hanya akan menyedari setelah telinga mula berasa sakit dan berdengung.

Kebiasaannya, apabila perkara ini berlaku, ramai antara kita yang mula panik dan takut. Selain itu juga, sekiranya ia tidak dibuang secepat mungkin, kemungkinan masalah yang lebih serius boleh timbul.

Oleh yang demikian, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini untuk mengetahui cara membuang serangga tersebut.

Apa simptom yang menunjukkan serangga masuk ke telinga?

Sekiranya serangga itu masih hidup semasa di dalam telinga anda, anda akan rasa dengungan dan pergerakan serangga.

Bergantung kepada keadaan serangga tersebut di dalam telinga anda sama ada ia mati atau sedang menggigit, la masih akan menyebabkan kesakitan, keradangan, dan kerengsaan dalam telinga.

Selain itu, simptom lain yang biasa terjadi saat serangga masuk ke telinga boleh melibatkan telinga bertukar kemerahan, bengkak mahupun cecair nanah atau darah keluar daripada telinga yang menandakan kecederaan.

Walaupun orang dewasa cukup mudah untuk mengenal pasti jika serangga masuk ke dalam telinga dengan dengungan dan pergerakannya, namun kanak-kanak lebih sukar untuk menentukan punca kesakitan di telinga mereka.

Sekiranya anda melihat anak-anak kecil sering menggosok atau menggaru salah satu telinga mereka, ini mungkin merupakan tanda serangga di dalam saluran telinga.

Serangga harus dikeluarkan dengan cepat kerana ia boleh menyebabkan gejala yang menyakitkan dan mencetuskan ketidakselesaan, lalu menyebabkan kerosakan yang lebih serius.

BACA: Gigi Rosak & Berkulat? Ketahui 8 Punca Utama

Cara membuang serangga masuk ke telinga

1. Jangan gunakan cotton bud atau alat pencungkil

Bahagian terpenting dalam proses penyingkiran serangga di telinga anda adalah untuk kekal tenang terlebih dahulu.

Penggunaan putik kapas atau alat pencungkil bagi mengeluarkan serangga akan mendorong serangga itu masuk lebih jauh ke dalam telinga dan berpotensi merosakkan bahagian pertengahan telinga atau gegendang telinga.

2. Letakkan minyak sayuran atau minyak bayi ke dalam saluran telinga

Meletakkan minyak biasanya akan membunuh serangga. Sekiranya anda mengesyaki serangga itu sudah mati, anda mungkin dapat mengeluarkannya daripada telinga menggunakan air suam dan picagari.

Namun, jika anda atau anak anda mempunyai masalah telinga, penting untuk segera berjumpa doktor sekiranya anda mengesyaki masih terdapat serangga di dalam telinga. Ini kerana ia boleh menggigit dan merosakkan gegendang telinga.

3. Cuba lalukan air ke dalam telinga jika serangga masuk ke telinga

Gunakan picagari dan masukkan air suam untuk membuatkan serangga keluar daripada saluran telinga.

Condongkan kepala anda ke arah bahu dan lakukan perkara ini supaya memudahkan serangga tersebut untuk keluar.

Bilakah saya harus menghubungi doktor?

Sekiranya anda atau anak anda begitu sakit dan tidak dapat menahan lagi kesakitan yang dialami di bahagian telinga, sudah tiba masanya untuk anda bertemu doktor dan dapatkan rawatan untuk membuang serangga masuk ke telinga dengan kadar segera.

Para doktor terutamanya pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT) atau seseorang yang bekerja di bilik kecemasan akan menggunakan sesuatu yang disebut otoskop untuk mengintip ke dalam telinga dan menentukan kehadiran serangga.

Mereka mungkin menggunakan pinset atau forsep yang diubah untuk menarik serangga dan mengeluarkannya daripada telinga.

Sebagai alternatif, mereka juga mungkin menggunakan penyedut yang lembut atau melalukan saluran telinga dengan air suam dan kateter.

Bagi kanak-kanak, mereka mungkin perlu dibius semasa proses ini berlaku bagi mengurangkan kadar kesakitan.

Sekiranya penggunaan minyak tidak berjaya untuk membunuh serangga itu, doktor biasanya akan menggunakan lidocaine atau anestetik untuk membunuh serangga tersebut terlebih dahulu sebelum membuangnya.

Ada kemungkinan doktor anda juga akan memberi ubat antibiotik sekiranya berlaku kerosakan teruk pada saluran telinga.

Rumusan

Sekiranya kaedah di atas ini gagal atau anda masih mengalami kesakitan, cecair keluar daripada saluran telinga, atau pendengaran masih terjejas, segera bertemu doktor anda bagi mendapatkan bantuan perubatan.

Selain itu, para ibu bapa harus memberikan perhatian lebih dan peka jika anak kecil anda mengadu telinga mereka sakit, kerana dikhuatiri serangga masuk ke rongga telinga.

BACA: Betul Ke Ramai Lelaki Buta Warna Berbanding Wanita? Ini Penjelasannya

Sumber: Hello Doktor