Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jangan Cuba Khianat, Ugut Kestabilan Kerajaan Perpaduan - PM
JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak cuba mengugut atau mengkhianati kestabilan Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata jika perkara itu berlaku, beliau bersedia memulangkan mandat kepada rakyat sekiranya dicabar.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata walaupun mengamalkan pendekatan berhemah dan lunak dalam rundingan politik, ia tidak seharusnya disalah tafsir sebagai tanda kelemahan.
"Saya nak beri mesej yang jelas hari ini... kita berjuang puluhan tahun berdasarkan prinsip... kita mengambil pendekatan yang hikmah, berunding dengan baik, tidak menegur dan menyergah mereka secara terbuka kerana kita faham maksud 'bil hikmah’.
“Tapi jangan salah baca, jangan salah faham, jangan ugut dan jangan ada tindakan ke arah pengkhianatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Lok, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.