Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jangan Gaduh Beli Rumah Dimana, Beli Rumah Yang Dekat Tempat Isteri Bekerja”

Gambar sekadar hiasan

Bujang atau berkeluarga, semuanya pasti ingin memiliki kediaman sendiri. Keputusan bagi menyewa atau membeli rumah ini selalunya bergantung kepada beberapa faktor seperti harga hartanah dan kemampuan dari segi kewangan.

Selain daripada itu, terdapat tiga faktor lain yang perlu diambil kira sekiranya anda ingin membeli rumah pertama seperti yang dikongsikan oleh Pakar Hartanah dan Kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad menerusi Facebook.

Perkongsian ringkas, tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada kehidupan.

RUMAH PERTAMA

1. Jika masih bujang, cari rumah yang ada potensi untuk disewa tinggi dan kenaikkan nilai hartanah setahun yang baik.

2. Jika dah kahwin, cari rumah yang dekat tempat kerja isteri. Biar yang jauh berulang itu kita. Isteri, mudahkan ia kawan.

3. Suami yang baik utamakan isteri, mereka hanya bantu kita berkerja bukan jadi tunjang pendapatan utama buat keluarga.

Baru kita jadi seksi dan bergaya dimata isteri, jangan ambil kesempatan atas kebaikkan mereka.

Sumber: FB Dr Azizul Azli Ahmad