Rakyat di negara ini yang mahu pergi ke mana-mana negara diingatkan untuk kekal mengamalkan pemakaian pelitup muka.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan sikap sesetengah rakyat di luar negara yang mengambil ringan terhadap langkah pencegahan COVID-19 tersebut.
“Rakyat Malaysia yang pergi ke negara-negara seperti United Kingdom (UK) sepatutnya tidak terikut dengan sikap malas orang UK terhadap pemakaian pelitup muka.
“(Sila) terus amalkan pakai pelitup muka seperti mana kamu di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.
Semalam, Khairy mengesahkan kes pertama varian COVID-19 terbaharu, Omicron dikesan melibatkan seorang pengembara bukan warganegara dari Afrika Selatan.
Kes tersebut merupakan seorang pelajar berusia 19 tahun yang menuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.
BACA JUGA: Kronologi Kes Pertama Varian Omicron Dikesan Di Malaysia
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin
