Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bagi pasangan selebriti Safura Ya’cob dan Sahronizam tarikh hari ini merupakan hari terindah untuk pasangan ini kerana melahirkan seorang puteri yang comel setelah sekian lama menunggu kehadirannya. Tetapi, ujian perpisahan milik pasangan ini di mana Allah lebih sayangkan anak kecil ini.
Kehilangan anak kesayangan pada 12 September 2011 ini berpunca daripada demam panas berpanjangan sewaktu usia tiga tahun. Anak syurga ini diberi nama Nur Aisyah Mariam merupakan cahaya mata pertama penyanyi dan pelakon, Safura Ya’cob
Menerusi laman Instagramnya, dia meluahkan rasa rindu kepada anak Syurga ini bersempena hari lahir Allahyarhamah anaknya pada hari ini 23 Ogos 2019. Perasaan seorang ibu yang rindukan anak sangat perit dan pedih.

Sumber: Safurashah