Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Main Klik, Jamal Abdillah Ingatkan Setiap Perkongsian Ada Tanggungjawab

Jamal Abdillah

Jangan terlalu mudah menekan butang ‘klik’ atau ‘kongsi’ kerana setiap tindakan di dunia digital membawa kesan dan tanggungjawab kepada pengguna serta orang di sekeliling.

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, menerusi mesej kempen keselamatan internet, mengajak masyarakat supaya lebih bijak dan berhemah ketika menggunakan platform digital, terutama dalam berdepan pelbagai bentuk kandungan yang beredar di media sosial.

Masyarakat turut disaran mengenali risiko dunia digital dan mengelakkan kandungan yang berbahaya atau memudaratkan, selain mengambil langkah sewajarnya dengan melaporkan kandungan yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Dalam era perkongsian maklumat yang pantas, sikap menyemak sesuatu kandungan sebelum menyebarkannya dilihat penting bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang tidak tepat, kandungan berbahaya atau perkara yang boleh memberi kesan negatif kepada orang lain.

Justeru, pengguna internet diseru bersama-sama memainkan peranan dalam mewujudkan ruang digital yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab menerusi amalan

#PerantiBukanPengasuh, #SemakBaruSebar, #ONSA dan #KempenInternetSelamat.