Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jangan Makan Makanan Yang Dah Disentuh Air Banjir”, Ikuti 7 Tip Penting Sebelum Makan Dan Minum

Kredit: Hello Doktor

Bencana banjir yang berlaku di beberapa lokasi di Malaysia sangat merisaukan seluruh masyarakat di negara ini. Bencana banjir yang berlaku disebabkan hujan yang tidak berhenti-henti itu telah memusnahkan pelbagai harta benda dan menjejaskan kesihatan mangsa yang terlibat.

Bencana tersebut juga telah menjejaskan kebersihan air yang boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan ramai orang yang meminumnya. Oleh itu, Hello Doktor telah berkongsi satu artikel berkenaan tujuh tips penting sebelum makan dan minum air di musim banjir. Jom sama-sama kita ikuti tips tersebut demi menjaga kesihatan bersama.

Musim Banjir, Ikut 7 Tip Penting Ini Sebelum Makan Dan Minum

Setiap hujung tahun pasti akan muncul berita banjir ekoran musim tengkujuh yang melanda negara, terutama di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun, lebih mengejutkan lagi kesan banjir yang melanda baru-baru ini di sekitar Lembah Klang.

Banjir yang diakibatkan oleh penurunan jumlah hujan yang tinggi sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada penduduk yang terjejas.

Kemungkinan berlakunya banjir adalah sangat tinggi. Pada ketika ini juga, akses kepada makanan akan menjadi terhad. Bekalan-bekalan makanan akan mengalami sedikit kesukaran untuk tiba ke penempatan penduduk yang terjejas akibat kesan banjir.

Tip keselamatan makanan semasa musim banjir

Pun begitu, bagi mereka yang masih mempunyai bekalan makanan sama ada di rumah atau di pusat penempatan banjir, ikuti tip ini untuk pastikan keselamatan makanan yang anda ambil.

Mengapa? Ini kerana pada musim banjir, sumber makanan akan lebih mudah tercemar kepada agen pencemaran seperti penyakit bawaan air atau vektor seperti nyamuk, lalat atau tikus.

Kesimpulan

Jangan sesekali mengambil sebarang makanan atau minuman yang telah terdedah kepada persekitaran. Bagi ibu bapa pula, setiap masakan anda perlulah seeloknya ditutup rapi di dalam bekas makanan atau di bawah tudung saji.

Letakkan pemberat di atas tudung saji anda untuk mengelakkannya daripada mudah terbuka atau dimasuki serangga.

Bagi mereka yang terlalu risaukan soal kebersihan pula, tidak perlulah bersifat paranoid berkenaan kebersihan makanan di pusat penempatan banjir sehingga tidak mahu makan.

Selagi mana ia mematuhi garis panduan penyediaan makanan yang bersih dan selamat, tiada masalah untuk anda memakannya.

Sumber: Hello Doktor