Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan bahawa maklumat yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung pelaksanaan ujian Sistem Amaran Awal Nasional pada 19 November 2026 di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang adalah tidak benar.
Amaran 19 November Adalah Tidak Benar
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya.
“Aktiviti yang dijadualkan pada 19 November 2026 merupakan ujian teknikal dalaman bagi menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem sebelum pelaksanaan yang lebih meluas, dan bukannya ujian amaran kepada orang awam di negeri-negeri seperti yang didakwa.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta merujuk saluran rasmi MCMC bagi mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini.
“Semak dahulu sebelum berkongsi,” maklumnya.

