Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Jangan Potong Ucapan Sampai Terpotong Kebenaran" - Syed Saddiq Bidas 3 Perkara Terhadap Bekas Menteri Indonesia

Syed Saddiq
Kredit: Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan respon terhadap bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi berhubung pembakaran hutan yang kini melanda negara berkenaan.

Dalam klip yang muat naik Syed Saddiq, beliau menyatakan isu ini bukan soal Malaysia lawan Indonesia atau bendera, sebaliknya adalah masalah yang dihadapi.

Susulan itu, beliau membidas tiga perkara setelah video yang dimuat naik oleh Muhammad Lutfi mendakwa syarikat Malaysia terlibat dalam isu itu.

Tiga Respon Syed Saddiq

“Ini tiga respon saya bersandarkan fakta dan data. Pertama, tindak pelakunya jangan pilih benderanya.

“Perusahaan Malaysia, Indonesia atau Singapura kalau terbukti membakar hutan untuk keuntungan cepat ambil tindakan.

“Bendera bukan lesen untuk merosakkan alam. Mereka beroperasi di Indonesia di bawah undang-undang Indonesia.

“The power is in your hands. Di parlimen saya sendiri sudah mendesak tindakan terhadap syarikat Malaysia yang terlibat. Watch my full speech. Jangan potong ucapan sampai terpotong kebenaran,” katanya.

Selain itu, beliau menyatakan ladang besar bukan bererti bersalah berhubung pemilikan keluasan SD Guthrie.

“Ya syarikat besar tapi sampai sekarang tiada bukti mereka pencetus kebakaran.

“Mereka mempunyai 67 pasukan lebih 1000 anggota terlatih, drone dan infra merah dengan perbelanjaan lebih 800 ribu ringgit sebulan untuk tangani isu ni,” katanya lagi.

Berdasarkan laporan Greenpeace, Syed Saddiq memberitahu, sebanyak 19 titik sumber asap direkodkan di konsesi syarikat KLK berbanding 6811 yang lain.

“Bapa mahu kami hanya fokus kepada penyumbang 0.3 peratus dari 99.7 peratus yang lain.

“Jangan lantang terhadap satu nama kemudian senyap terhadap yang lain,” ucapnya.

Mengulas lebih lanjut, beliau menasihatkan isu berkenaan tidak sepatutnya terus dipersoalkan sebaliknya perlu ditangani dengan segara khususnya melibatkan kesihatan rakyat.

“Jangan lantang terhadap satu nama kemudian senyap terhadap yang lain. In summary, ini bukan Malaysia lawan Indonesia.

“Ini rakyat yang mahukan udara bersih melawan pihak yang motorkannya. Bila hutan dibakar untuk keuntungan, untung masuk akaun syarikat, asap masuk paru-paru rakyat.

“Malaysia sudah pun menawarkan pesawat tiga helikopter dan anggota tetapi kena ghosting oleh pentadbir di Indonesia. Nak tolong pun susah. Bapak jerebu tidak memilih mangsa.

“Ia tidak mengenal warna kulit, agama mahupun kewarganegaraan. Anak Malaysia sesak nafas, anak Indonesia pun sesak nafas. Bendera kita mungkin berbeza, tetapi keperluan kita untuk bernafas tetap sama.

“Jangan bela pembakar kerana benderanya, bela rakyat kerana nyawanya,” responnya.

Sumber:Facebook