Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jangan Sampai Merosakkan Diri..,” Abang Ambulans Ni Titip Nasihat Untuk Anak Muda

Gambar Via Muhd Azul
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bukan mudah menjadi petugas kesihatan terutamanya bagi pemandu ambulans yang sering berhadapan dengan pelbagai kes atau peristiwa membabitkan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dan kemalangan.

Boleh dikatakan bahawa petugas di dalam ambulans juga menjadi ‘kumpulan’ penting yang membantu pesakit ketika berada di saat-saat kritikal.

Pastinya banyak yang telah dilalui oleh mereka terutama apabila mendapat kes kemalangan jalan raya membabitkan motosikal.

Manakan tidak, setiap pesakit mempunyai pelbagai kisah yang tersendiri dan semuanya mungkin akan ‘terungkai’ apabila berada di dalam situasi tersebut.

Ada sesetengah kisah tersebut juga boleh menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup di dunia ini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pemandu ambulans, Muhd Azul, yang berkata bahawa setiap malam minggu kes kemalangan motosikal yang melibatkan anak muda sering berlaku.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat.

Setiap malam minggu mesti ada kes macam ni melibatkan anak muda kita. Rata-rata kes melibatkan motosikal.

Yang pastinya mati dengan cedera parah tu memang biasa yang kami akan respon.

Bila pihak berkuasa buat penguatkuasaan dituduhnya hendak menghalang aktiviti mereka. Kononnya layan mereka macam penjenayah.

Sumpah kes macam ni tak pernah susahkan kami pun sebab tu memang kerja kami tapi yang kami kesian bila family dapat tahu berita anak mereka atau ahli keluarga mereka ditimpa musibah atas jalan raya macam tu.

Bayangkan perasaan ibu bapa bila tahu anak mereka pergi selamanya dalam keadaan menyayat hati.

Korang bila terlibat kemalangan takkan tahu pun perasaan family sebab korang tak nampak pun. Yang nampaknya kami ni sebagai petugas yang menguruskan kes.

Kawan-kawan korang memang takkan tunggu kat tempat kejadian dan takkan mengaku langsung kalau dia terlibat dalam kemalangan bersama.

Nak buat aktiviti tak salah tapi jangan sampai merosakkan diri sendiri. Ingatlah orang tersayang.

Sumber: Mohd Azul