Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jangan Sentuh Langsung, Atau…,” Permaisuri Agong Tinggal Nota ‘Amaran’ Atas Periuk Cuit Hati Ramai

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sememangnya cukup dikenali dengan minat menghasilkan pelbagai jenis masakan.

Minat Permaisuri Agong itu pada masakan dapat dilihat menerusi akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah yang memaparkan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan.

Melalui kiriman terbaru, Tunku Azizah ada memuatnaik sekeping gambar makanan di dalam periuk namun apa yang mencuit hati adalah terdapat nota ‘amaran’ yang ditulis agar tiada sesiapa pun yang boleh menyentuh periuk tersebut.

Perkongsian Baginda Permaisuri itu mendapat perhatian warganet dan mereka nyata terhibur dengan ‘amaran’ tersebut.

Sumber: airtangan_tunkuazizah