Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Terperdaya, Hadam 4 Tips Kenali Penipuan SMS Ini Supaya Tidak Menjadi Mangsa

Gambar: RestaurantBusinessOnline.com

Kes sindiket penipuan kini semakin berleluasa sehingga ramai yang sudah menjadi mangsa penipuan sehingga hilang ribuan ringgit di bank akaun mereka. Kebiasaannya, scammer ini pandai memanipulasikan pesanan mesej agar kelihatan seolah-olah kita dalam bahaya.

Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook mereka telah memberi peringatan kepada semua agar berwaspada dengan penipuan SMS.

Berdasarkan infografik yang bersumberkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), PDRM telah berkongsikan empat tips untuk mengenali penipuan SMS.

Antaranya adalah melalui:

  1. Nombor/digit tidak dikenali atau mencurigakan

  2. Pembayaran/transaksi bank – jangan klik pautan yang mencurigakan

  3. Ugutan – dengan menyatakan transaksi akaun bank yang mencurigakan

  4. Meminta maklumat peribadi

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)