Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jangan Tertipu, Ini Cara Nak Beza Gula Melaka Asli Ke Tiruan

beza gula melaka asli atau tiruan
Kredit: TikTok @gulamelaka_kakliah
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jangan Tertipu, Ini Cara Nak Beza Gula Melaka Asli Ke Tiruan

Umum mengetahui bahawa gula melaka merupakan salah satu bahan masakan yang digunakan dalam masakan tempatan di Malaysia.

Bukan itu sahaja. Gula melaka juga digunakan bagi menambah rasa dan lemak dalam masakan.

Biasanya, bahan ini digunakan dalam kuih-muih tradisional seperti onde-onde, keria, kuih lopes dan sagu gula melaka.

Selain itu, ada juga yang menambah gula melaka ke dalam lauk-pauk Melayu seperti sambal tumis, gulai dan rendang.

Diperbuat daripada nira kelapa dan dimasak dalam tempoh masa yang lama sehingga betul-betul likat, gula melaka asli semakin sukar didapati.

Biarpun masih ada terjual di kedai dan pasaraya, namun, terdapat gula melaka yang dicampur dengan gula putih.

Berikutan itu, pengguna wajar mengetahui perbezaan antara gula melaka asli atau tiruan sebelum membuat pembelian.

Ikuti tip yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok, @gulamelaka_kakliah untuk mengenal pasti beza antara gula melaka asli dan gula melaka tiruan.

Perbezaan gula melaka asli dan tiruan

Perbezaan yang pertama boleh dilihat melalui warna. Biasanya, gula melaka asli akan berwarna sedikit gelap manakala yang tiruan akan berwarna sedikit cerah.

Selain itu, anda juga boleh ketuk gula melaka tersebut. Sekiranya bunyi yang terhasil kedengaran keras, itu petanda gula melaka anda mungkin dicampur dengan gula putih.

"Yang tiruan bunyi dia keras dan kalau yang asli bunyi dia lebih padu," tambahnya lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh periksanya dengan cara mengikis gula melaka tersebut. Sekiranya gula melaka yang dikikis itu mengeluarkan warna putih, bermaksud gula melaka anda tidak asli.

"Warna putih yang keluar tu adalah gula putih yang dicampurkan dalam gula melaka tersebut," katanya lagi.

Kredit: Tiktok @gulamelaka_kakliah

Jelasnya, gula melaka asli tidak menampakkan warna putih dan kelihatan seolah mencair apabila dikikis.

Menerusi ruangan komen, warga maya turut berkongsi petua untuk memastikan gula melaka yang dijual tidak dicampur gula putih.

"Nak tau asli, bila angkat asli lebih ringan. Tak asli dia lebih berat," kongsi seorang warga maya.

Semoga bermanfaat.