Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gula perang vs gula putih
Gambar: ImageFX

Gula Perang vs. Gula Putih: Apa Bezanya & Mana Lebih Sesuai Untuk Masakan Anda?

Nur Erizsha

Gula Perang vs. Gula Putih: Apa Bezanya & Mana Lebih Sesuai Untuk Masakan Anda?

Gula merupakan antara bahan pemanis yang paling kerap digunakan oleh kebanyakan orang dalam kehidupan seharian.

Tidak dinafikan, gula menjadi bahan pelengkap dalam semua jenis hidangan, sama ada untuk membancuh minuman atau menambah rasa dalam masakan.

Namun, kepelbagaian jenis gula di pasaran kini menimbulkan kekeliruan kepada pengguna dalam membuat pilihan.

Ini kerana, ramai yang beranggapan gula perang dan gula putih hanya berbeza pada warna. Sebenarnya, kedua-dua bahan ini mempunyai ciri dan kegunaan yang tersendiri dalam masakan.

Apa Itu Gula Putih?

Gula putih atau gula pasir adalah hasil daripada tumbuhan tebu atau bit gula. Melalui proses fotosintesis, gula dihasilkan pada daun tumbuhan ini dan disimpan sama ada di batang (tebu) atau akar (bit gula).

Selepas dituai, jus tebu akan diekstrak, ditapis, ditulenkan dan dikristalkan. Proses penapisan yang berbeza menghasilkan pelbagai jenis gula, dan gula putih adalah salah satu yang paling biasa digunakan dalam masakan harian serta minuman.

Apa Itu Gula Perang?

Gula perang pula sebenarnya adalah gula putih yang dicampurkan dengan molases. Molases ialah sejenis cecair pekat berwarna gelap yang wujud secara semula jadi dalam tebu dan bit gula.

  • Gula perang cerah mengandungi sedikit molases, menyebabkan warnanya lebih cerah, teksturnya lebih lembap serta beraroma karamel ringan.

  • Gula perang gelap pula mempunyai hampir dua kali ganda kandungan molases, menjadikan warnanya lebih pekat dan rasanya lebih kuat.

Namun, ada kelemahan gula perang. Ia mudah menjadi keras apabila kelembapan hilang akibat penyimpanan yang tidak sesuai. Oleh itu, sebaiknya simpan gula perang dalam bekas kedap udara.

Perbezaan Kegunaan

Kedua-dua gula ini kadang kala boleh digunakan secara berganti, tetapi setiap satunya mempunyai fungsi khusus:

  • Gula perang gelap sesuai untuk resipi yang memerlukan rasa lebih kaya seperti kek rempah, roti halia, atau sos barbeku.

  • Gula perang cerah pula lebih sesuai untuk sos manis, perapan (marinade) dan campuran rempah.

Untuk info, selain gula perang dan gula putih, terdapat juga beberapa variasi lain:

  • Turbinado: Gula tebu mentah dengan sedikit rasa molases.

  • Demerara: Gula kasar dari Guyana, sering digunakan dalam koktel.

  • Muscovado: Kurang ditapis, mengekalkan sebahagian molases, sesuai untuk sos, oat dan kek.

Untuk gula putih, variasinya bergantung pada saiz kristal:

  • Granulated: Gula pasir biasa untuk minuman dan kek.

  • Sanding sugar: Kristal berkilau, digunakan sebagai hiasan kek atau biskut.

  • Superfine/Caster sugar: Kristal halus, cepat larut, sesuai untuk pencuci mulut lembut.

  • Powdered sugar: Juga dikenali sebagai gula aising, digunakan untuk krim putar atau lapisan kek.

Nilai Pemakanan

Dari segi pemakanan, tiada perbezaan besar antara gula putih dan gula perang. Kedua-duanya adalah gula tambahan (added sugar) dengan lebih kurang 15 kalori bagi setiap sudu teh (4.2 g).

Perbezaannya hanyalah pada kehadiran molases dalam gula perang, yang memberikan sedikit kelembapan, warna dan rasa karamel.

BACA: Jangan Buang Kulit Nanas, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Simpan

BACA: Ingat Untuk Wanita Sahaja, Doktor Dedah Kebaikan Asid Folik Untuk Lelaki

BACA: Kajian Dedah Mikroplastik Ada Dalam Minuman Kegemaran Ramai

Sumber: Eating Well