Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jauhi Perbuatan ‘Unboxing’ Isteri, Permulaan Kepada Dosa Dan Fitnah – JAIPk

Gambar Hiasan via Freepik

Baru-baru ini, sebuah trend yang dipanggil ‘unboxing’ isteri menjadi tular di media sosial sehingga muncul perdebatan dalam kalangan warganet.

Trend berkenaan yang rata-ratanya dimuatnaik dalam bentuk video memaparkan pasangan pengantin baru yang masih berbusana pengantin, di mana si suami akan membuka aksesori yang dipakai isteri di hari perkahwinan mereka.

Video sedemikian mendapat kritikan daripada banyak pihak yang kurang bersetuju dengan trend baharu ini kerana dilihat kurang sesuai menjadi tatapan umum terutamanya kanak-kanak.

Oleh itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) melalui laman Facebook rasmi memuat naik ulasan pendek mengenai isu ini agar dapat memberi penjelasan kepada masyarakat.

Menurut JAIPK, perbuatan ‘unboxing’ isteri ini perlu dijauhkan kerana para suami wajib memelihara serta melindungi kehormatan dan maruah diri mahupun isteri.

”Kemesraan suami isteri adalah amalan yang baik namun tidak boleh dipertontonkan, apatah lagi jika ia melanggar batasan syarak.

”Perbuatan ‘unboxing’ isteri adalah bukan ajaran Islam kerana ia adalah permulaan kepada dosa dan mengundang fitnah,” kata JAIPK.

Jelas JAIPK, larangan terhadap perbuatan ‘unboxing’ isteri ini adalah berdasarkan kaedah sadd al-zarai’ iaitu menutup punca keburukan.

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak