Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jaya Grocer Maklumkan Seorang Stafnya Di Cawangan D’Pulze Cyberjaya Diuji Positif COVID-19

Gambar hiasan via Google (WaiThuck CHONG)

Jaya Grocer sebentar tadi memaklumkan terdapat seorang kakitangannya yang bertugas di Jaya Grocer cawangan Dpulze, Cyberjaya telah disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook pasar raya itu, kali terakhir kakitangannya dilaporkan bertugas di premis berkenaan adalah pada 10 Januari 2021 dan telah disahkan positif pada 11 Januari 2021.

Susulan daripada itu, Jaya Grocer cawangan Dpulze memaklumkan untuk menutup premis berkenaan pada hari ini (11 Januari 2021) bagi melakukan kerja-kerja pembersihan serta pembasmian kuman dan telah mengarahkan semua kakitangannya menjalani ujian swab.

Jaya Grocer juga turut memaklumkan bahawa premis tersebut akan mula beroperasi seperti biasa pada 13 Januari 2021 jam 10 pagi dan akan terus memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang maklumat lanjut di platform sosial mediannya.

Sumber: Jaya Grocer