Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Jelajah “Welcome Back”, 2NE1 Bakal Adakan Konsert Di Malaysia
Agensi hiburan Korea Selatan, YG Entertainment mengumumkan konsert jelajah “Welcome Back” 2NE1 yang bakal berlangsung di Malaysia pada 1 Februari 2025.
Pengumuman tersebut disiarkan di laman X agensi tersebut hari ini. Setakat ini, lokasi dan pembelian tiket konsert belum diumumkan.
Pada awalnya, siri jelajah tersebut hanya melibatkan Bangkok, Taipei, Hong Kong, Singapura, Manila dan Jakarta. Namun kemudiannya, pihak agensi mengumumkan penambahan beberapa lokasi termasuk Kobe, Tokyo, Taipei, Ho Chi Minh dan Macao.
Kumpulan hip hop wanita ini dianggotai oleh empat penyanyi, Park Bom, Sandara Park, CL dan Minzy.
Sebelum ini, 2NE1 pernah dibubarkan pada November 2016, lapor The Korea Times.
Pada Julai lalu, The Korea Times melaporkan YG Entertainment mengumumkan penyatuan kembali kumpulan hip hop ini dengan perancangan mengadakan jelajah bersempena ulang tahun ke-15 kemunculan 2NE1.
Menerusi CominSoon.net, kumpulan ini pernah memenangi anugerah MAMA Daesang menerusi nyanyian lagu “I Don’t care“.
Menurut Korea JoongAng Daily pula, 2NE1 turut dikenali sering melaungkan perkataan “nolza” sebelum memulakan persembahan. Untuk pengetahuan, “Nolza” merupakan nama bagi jelajah pertama kumpulan tersebut.
Ketika konsert “Welcome Back” di Olympic Hall, Seoul yang diadakan pada 4 hingga 6 Oktober lalu, Sandara Park mengimbau kenangan peminat dengan laungan “nolza”.
“Anda semua tahu apa nak sebut di awal konsert kami kan? Mari laungkan, ‘2NE1, nolza’.
“Adakah anda ingat kami pernah adakan konsert pertama, ‘Nolza’ di sini, di Olympic Hall ini? Anda ada pada masa itu?” imbau Dara.
Ketua kumpulan 2NE1, CL turut meluahkan rasa teruja dapat kembali di pentas tersebut.
“Untuk kembali bersama anda semua di sini, di tempat kali pertama kami adakan konsert, sememangnya sangat bermakna.
“Terima kasih buat anda semua kerana berada di sini, untuk peristiwa yang istimewa ini,” ucapnya.
Sumber: YG Family, ComingSoon.net, The Korea Times, Korea JoongAng Daily