Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jemaah Islamiyah Isytihar Bubar, Sedia Patuhi Undang-undang Indonesia
Sekumpulan anggota tertinggi Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia muncul dalam satu video baru-baru ini dan mengisytiharkan pembubaran kumpulan tersebut.
“(Kami) bersedia untuk terlibat secara aktif dalam mempromosikan kemerdekaan (negara) agar Indonesia menjadi negara yang maju dan bermaruah dan bersedia mengikut peraturan undang-undang,” kata salah satu wakil, Abu Rusdan.
Menurut portal The Straits Times, Abu Rusdan adalah bekas pemimpin kumpulan JI yang ditahan pada 2021.
Dia muncul dalam video itu bersama pemimpin-pemimpin yang lain termasuk Para Wijayanto, salah seorang pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara yang berjaya ditahan pada 2019.
Kedua-dua individu tersebut sedang menjalani hukuman penjara ketika ini.
Jemaah Islamiyah isytihar bubar, sedia patuh dengan undang-undang Indonesia
Lapor portal berita itu lagi, pengumuman berkenaan dipercayai diatur oleh unit lawan keganasan dalam Polis Indonesia, Densus 88.
Rakaman video itu turut disahkan keasliannya oleh Institut Analisis Polisi Konflik (IPAC) Indonesia, yang memantau rapat sebarang perkembangan berkenaan konflik keganasan di negara itu.
Bagaimanapun, penganalisis keganasan berkata bahawa ancaman keselamatan masih kekal walaupun kumpulan Jemaah Islamiyah telah mengisytiharkan pembubaran.
Menurut The Straits Times lagi, JI ditubuhkan pada 1993 oleh dua orang warganegara Indonesia dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda.
Kumpulan terbabit diharamkan pada 2008 selepas dua serangan maut di Filipina dan Indonesia, termasuk pengeboman di pulau percutian, Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang, kebanyakannya pelancong Australia.
Operasi berterusan oleh pasukan keselamatan selepas itu, termasuk penahanan anggotanya menyaksikan kumpulan berkenaan terus melemah, yang mana tiada serangan skala besar dilancarkan kumpulan berkenaan dalam tempoh sedekad.
BACA: Kontinjen Malaysia Bakal Bergaya Dengan Rekaan Rizman Ruzaini Di Olimpik Paris
Sumber: The Straits Times