Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jenazah Pemuda Palestin Ditemui Bawah Runtuhan Berbau Harum, Darah Masih Mengalir

Syed Faisal Sayed Muhammad
jenazah pemuda palestin harum
Kredit X/@cintagaza_my

Jenazah Pemuda Palestin Ditemui Bawah Runtuhan Berbau Harum, Darah Masih Mengalir

Jenazah penduduk Palestin yang syahid ditemui dalam keadaan harum dan darah masih mengalir selepas tiga hari terperangkap di bawah runtuhan.

Perkara itu dikongsikan oleh Cinta Gaza Malaysia-CGM di laman X mereka pada awal pagi tadi.

Lelaki itu dikenali sebagai Rabi’e Sahwil dan merupakan salah seorang daripada penduduk Gaza yang terkorban.

“As-Syahid, Rabi’e Sahwil berjaya ditemui setelah 3 hari berada di bawah runtuhan. Mereka mendapati jenazahnya berbau harum dan darahnya masih segar mengalir! Allahu akbar!” tulis perkongsian Cinta Gaza Malaysia tersebut.

Video berdurasi 33 saat itu menunjukkan jenazah Rabi’e dikelilingi oleh penduduk Palestin yang teruja dengan penemuan jenazah berbau harum tersebut.

Kredit X/CGM

Salah seorang daripada penduduk itu berkata bahawa dia dapat menghidu bau yang harum daripada jenazah berkenaan.

“Saya betul-betul bau jenazah ini berbau harum. Saya bersumpah, pemuda ini telah tersekat selama tiga hari. Dia adalah Syuhada Abdullah Rabi’e Sahwil, MasyaAllah,” terang lelaki itu di dalam video perkongsian tersebut.

Kredit X/CGM

Lelaki itu juga dilihat menghidu tangan pemuda syahid itu sebagai bukti kepada kata-katanya.

Jenazah masih mengalirkan darah

Selain itu, salah seorang penduduk juga menyatakan bahawa jenazah pemuda itu juga masih mengalirkan darah seperti baru sahaja meninggal dunia.

“Darahnya masih mengalir keluar, sudah tiga hari berlalu. Tiga hari terperangkap di bawah runtuhan, darahnya masih mengalir,” kata lelaki itu sambil menunjukkan darah pemuda tersebut.

Kredit X/CGM

Perkongsian itu juga telah dihujani dengan pelbagai komen yang mencemburui pemergian pemuda tersebut.

BACA:“Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Ya Allah kita dapat tengok wajah-wajah para syuhada,” tulis seorang netizen.

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiunn. Kematian yg dicemburui. InshaaAllah syurga tempatmu,” tulis seorang lagi yang mendoakan pemergian pemuda tersebut.

“Allahu akbar. Semoga ditempatkan di sisi para solihin dan syurga tertinggi. Innalillahwainnailaihirojiun,” tulis seorang lagi mendoakan pemuda syahid itu.

Sumber: X/@cintagaza_my