Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Ini Senarai 38 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

38 kawasan catat IPU tidak sihat
Kredit: Bernama

Keadaan jerebu masih menyelubungi beberapa kawasan di negara ini apabila sebanyak 38 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 6 pagi hari ini.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 30 kawasan pula mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.

Bagaimanapun, tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat berdasarkan pemantauan yang dijalankan setakat 6 pagi.

Berikut senarai 38 kawasan catat IPU tidak sihat:

1. Seremban, Negeri Sembilan – 186

2. Bandaraya Melaka, Melaka – 184

3. Nilai, Negeri Sembilan – 183

4. Bukit Rambai, Melaka – 183

5. Segamat, Johor – 183

6. Johan Setia, Selangor – 182

7. Tangkak, Johor – 181

8. Pasir Gudang, Johor – 179

9. Shah Alam, Selangor – 178

10. Alor Gajah, Melaka – 177

11. Tasek Ipoh, Perak – 176

12. Kluang, Johor – 176

13. Port Dickson, Negeri Sembilan – 174

14. Tanjung Malim, Perak – 173

15. Batu Muda, Kuala Lumpur – 172

16. Larkin, Johor – 172

17. Pegoh Ipoh, Perak – 171

18. Cheras, Kuala Lumpur – 170

19. Putrajaya – 170

20. Rompin, Pahang – 170

21. Petaling Jaya, Selangor – 169

22. Banting, Selangor – 169

23. Batu Pahat, Johor – 169

24. Pengerang, Johor – 169

25. Klang, Selangor – 168

26. Kota Tinggi, Johor – 164

27. Indera Mahkota, Kuantan, Pahang – 162

28. Seri Manjung, Perak – 159

29. Sungai Petani, Kedah – 157

30. Temerloh, Pahang – 154

31. Minden, Pulau Pinang – 153

32. Kemaman, Terengganu – 153

33. Alor Setar, Kedah – 152

34. Seberang Jaya, Pulau Pinang – 151

35. Kuala Selangor, Selangor – 145

36. Taiping, Perak – 130

37. Seberang Perai, Pulau Pinang – 120

38. Balok Baru, Kuantan, Pahang – 107

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai supaya merujuk bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) rasmi Malaysia menerusi Air Pollutant Index Management System (APIMS) atau aplikasi rasmi MyJAS EQMS.

Dalam kenyataan semalam, JAS memaklumkan bahawa bacaan APIMS merupakan rujukan rasmi kerajaan bagi penyampaian nasihat berkaitan kesihatan serta pengurusan situasi jerebu.

Menurut JAS, terdapat laman sesawang dan aplikasi pihak ketiga yang memaparkan bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) yang adakalanya lebih tinggi berbanding bacaan IPU Malaysia.

Intipati
  • Sebanyak 38 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat setakat 6 pagi, menurut JAS.
  • Seremban merekodkan bacaan tertinggi 186, diikuti Bandaraya Melaka 184 dan Nilai 183.
  • JAS menasihatkan orang ramai merujuk bacaan IPU rasmi melalui APIMS atau MyJAS EQMS.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan