Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: Kerajaan Lakukan Sebaik Mungkin Berunding Dengan Indonesia - PM

Anwar Ibrahim
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin untuk berunding dengan Indonesia dalam menangani isu jerebu rentas sempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita dah buat sedaya mungkin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan tidak aktif dalam menangani isu jerebu rentas sempanan yang semakin membimbangkan ketika ini.

Semalam, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menyifatkan Malaysia bersikap “terlalu lembut” dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.

Dalam episod terbaharu audio siar Keluar Sekejap, Khairy bagaimanapun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi untuk memastikan perkara itu dapat diselesaikan.

Intipati
  • Anwar berkata kerajaan sudah melakukan sedaya upaya berunding dengan Indonesia mengenai isu jerebu.
  • Beliau menepis dakwaan kononnya kerajaan tidak aktif menangani jerebu rentas sempadan ketika ini.
  • Khairy Jamaluddin sebelum ini menyifatkan Malaysia terlalu lembut dan menuntut pendirian lebih tegas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan