Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu: KPM Lanjut Tempoh Pengisian Markah UASA, Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Dan PAJSK

KPM
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tempoh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran persekolahan dalam Sistem Pengurusan Pendidikan Bersepadu (MOEIS) susulan gangguan sesi persekolahan dan pelaksanaan pentaksiran akibat jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 Nov kepada 28 Nov ini.

Selain itu, tarikh akhir pengisian markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) turut dilanjutkan daripada 30 Nov kepada 5 Dis ini.

“Dengan pelanjutan pengisian markah ini, diharapkan murid, guru dan ibu bapa serta penjaga akan lebih selesa bagi pelaksanaan proses pengisian markah dalam sistem MOEIS KPM kelak,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Intipati
  • KPM melanjutkan tempoh pengisian markah beberapa pentaksiran persekolahan dalam sistem MOEIS.
  • Tarikh akhir pengisian markah UASA dan PAT/PASA dilanjutkan daripada 21 Nov kepada 28 Nov.
  • Pengisian markah PAJSK turut dilanjutkan daripada 30 Nov kepada 5 Dis ini.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan