Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Niat mahu menyelamat bertukar tragedi apabila enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Genap setahun pemergian wira-wira negara ini, seorang anggota bomba, Erwan Brootwinz menyanyikan lagu yang dicipta khas sebagai tribute untuk mengenang kembali jasa kesemua wira yang terkorban dalam operasi berkenaan.
Lagu yang bertajuk “Perginya Sahabat Wira” itu dimuatnaik oleh laman Facebook Friends of Bomba Malaysia benar-benar meruntun hati.
Hati ini siapa yg tahu.. Perginya sahabat di atas batu.. ku tahu kau telah lakukan yg termampu.. Disaat kami memerlukan kamu…
Setiap hari ku memikirkannya.. Mengapa ku tak dpt selamatknnya.. Aku buntu bila ia terjadi didepan mata Perginya sahabat kita selamanya
Jika aku boleh putarkan waktu.. Ingin ku tahan sahabat ku ke situ.. Tiada apa yg boleh ku beritahu… Semuanya sudah berlaku..
Disaat ku berusaha myelamatkan wira kita Hatiku sebak Memikirkn nasib keluarga.. sahabat dan wira kita..
Aku terus berlalu pergi. Badan terasa lemah tak bermaya. Aku sedih tak terkata… Perginya tanpa diduga.. Ini coretanku disana..
ku tahu semuanya terjadi.. diatas kehendaknya illahi.. ku harus teruskan hidup Semoga apa yg berlaku menjadi tatapan yg berharga kepada wira yg tak didendang…
Disebalik melodi yang mendayu terselit lirik begitu bermakna hingga membuatkan rata-rata netizen yang mendengar tersentuh. Malah netizen tidak lupa untuk mengucapkan takziah dan mendoakan peemergian para wira serta keluarga mereka.




Al-Fatihah buat Mohd Fatah Hashim, Izatul Akma Wan Ibrahim, Mazlan Omarbaki dan Yahya Ali, Adnan Othman dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Friends of bomba Malaysia & Bernama