Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jika Tiada Komitmen Masing-Masing, Kami Boleh Bermimpi Punyai Parti Baru – Khairy Jamaluddin

”Jika bukan kerana komitmennya kepada Anwar (Rafizi Ramli) dan kerajaan baru serta komitmen saya dalam membangunkan semula UMNO, kami boleh bermimpi mempunyai parti baru untuk Malaysia,” begitulah status yang dimuatnaik oleh ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi instagram rasmi miliknya malam tadi.

Kenyataan itu dibuat susulan pemilihan PKR yang menyaksikan perebutan jawatan timbalan presiden antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Setakat ini, keputusan tidak rasmi di seluruh negara menyaksikan Azmin mendahului dengan majoriti 5,137 undi. Beliau mendapat 64,973 undi, manakala Rafizi meraih 59,836 undi.

Dalam kenyataan yang dibuat, Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menunjukkan sokongannya kepada Rafizi dengan menyifatkan beliau sebagai seorang yang lantang bersuara walaupun dengan mengkritik parti sendiri.

Sumber : Khairy Jamaluddin