Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jimat Lagi Syok, Raya Aidilfitri Lebih Meriah Bersama LG

Syamimi
RAYA

Jimat Lagi Syok, Raya Aidilfitri Lebih Meriah Bersama LG

Ramai rakyat Malaysia kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh makna, dan LG Electronics Malaysia (LG) tampil menyemarakkan lagi suasana perayaan dengan promosi Jimat Lagi Syok yang berlangsung dari sekarang hingga 3 Mei 2026.

Dengan rebat hingga RM4,000 dalam bentuk kredit eWallet Touch ‘n Go bagi produk terpilih, di samping ganjaran bundle yang dikurasi khas, jaminan lanjutan serta tawaran eksklusif perayaan terhad, LG memudahkan rakyat Malaysia menaik taraf kediaman mereka menjelang Hari Raya.

Promosi Hari Raya ini mencerminkan komitmen LG terhadap Smart Life Solutions, iaitu ekosistem inovasi yang saling terhubung, dipacu oleh teknologi K yang terkenal dan diperkasa dengan Affectionate Intelligence (AI) LG, yang direka untuk mempertingkatkan kehidupan harian agar lebih lancar, pintar dan selesa.

Dengan memahami serta menjangkakan keperluan pengguna, ciri-ciri pintar ini mewujudkan pengalaman kediaman yang lebih responsif dan intuitif, sekali gus menghadirkan keselesaan serta ketenangan untuk dinikmati setiap hari.

Daripada TV OLED terkemuka yang mengubah ruang tamu menjadi ruang hiburan sinematik dengan sistem bunyi yang imersif, kepada penyelesaian cucian pintar seperti LG WashTower™, peti sejuk LG InstaView™ yang bergaya, ketuhar gelombang mikro LG NeoChef™, pembersih vakum LG CordZero, penulen udara dan air LG PuriCare™, serta sistem penyejukan cekap tenaga termasuk penyaman udara LG DUALCOOL™ AI, ekosistem LG melengkapi setiap ruang utama dalam kediaman moden rakyat Malaysia.

“Di LG, inovasi bermula dengan memahami cara rakyat Malaysia mempersiapkan kediaman mereka untuk detik-detik yang bermakna. Menjelang musim perayaan, kediaman menjadi ruang pertemuan untuk keluarga dan rakan-rakan, sekali gus mewujudkan keperluan yang lebih tinggi terhadap pengalaman tontonan dengan visual dan bunyi yang lebih jelas, penyejukan yang dioptimumkan untuk keselesaan, serta udara yang bersih untuk tempoh masa yang panjang di dalam rumah. Melalui promosi Jimat Lagi Syok sempena musim perayaan ini, kami berharap pelanggan dapat merasai bagaimana teknologi LG dapat mempertingkatkan kehidupan seharian sambil mereka membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya bersama insan tersayang,” kata Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Bagi isi rumah yang merancang untuk menaik taraf lebih daripada satu peralatan, pelanggan yang membeli dua atau lebih produk LG terpilih daripada kategori berbeza dalam satu resit dengan perbelanjaan minimum RM3,000 boleh menikmati kredit eWallet Touch ‘n Go tambahan hingga RM400 selain rebat standard.

TV LG terpilih yang dipadankan dengan LG Soundbar yang layak turut menawarkan rebat tambahan hingga RM500, manakala pembelian dua atau lebih peti sejuk LG Objet Collection yang terpilih membolehkan pelanggan menerima kredit eWallet Touch ‘n Go tambahan hingga RM1,000. Sama ada untuk melengkapkan sistem hiburan rumah atau memperbaharui peralatan harian, semakin banyak penaiktarafan dilakukan, semakin besar ganjaran yang menanti.

Seiring dengan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kecekapan tenaga dan penjimatan jangka panjang, pelanggan juga boleh menukar beli mana-mana penghawa dingin lama daripada sebarang jenama dan menerima rebat tambahan hingga RM100 apabila menaik taraf kepada penghawa dingin LG terpilih.

Inisiatif ini memudahkan pelanggan meningkatkan prestasi penyejukan di rumah sambil mengurus penggunaan tenaga dengan lebih berkesan, khususnya ketika rumah dipenuhi tetamu semasa musim perayaan. Selain itu, pelanggan yang membeli tiga atau lebih penghawa dingin LG terpilih akan menerima penulen udara LG PuriCare™ secara percuma.

Selain rebat, pembelian produk terpilih turut disertakan dengan hadiah percuma eksklusif dan jaminan lanjutan, tersedia berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat. Bagi meningkatkan lagi kemeriahan musim perayaan, LG turut menawarkan Limited-Edition LG Plushie Blind Box yang boleh ditebus dengan pembelian model terpilih, terhad kepada 6,000 unit di seluruh negara.

Pelanggan yang mengambil bahagian boleh membuat penebusan melalui http://www.lg.com/my/promotions/lgrewards-raya-promo-2026/. Setelah pengesahan berjaya dilakukan, kredit eWallet Touch ‘n Go akan dikreditkan terus ke akaun pelanggan yang berdaftar.

Raya ini, raikan setiap hidangan, setiap ruang yang bersih dan setiap detik yang nyaman bersama LG. Jimat Lagi, Syok Lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai LG dan promosi perayaannya, sila layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia.