Buat masa ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memutuskan untuk tidak memberikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 ke 17 tahun bagi mengelakkan sebarang risiko kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung).
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin seperti yang dikongsikan oleh JKJAV menerusi laman Twitter. Tambah ciapan itu, vaksinasi COVID-19 akan diteruskan bagi pelajar tahun peperiksaan yang telah mencapai usia 18 tahun, termasuk yang akan memasuki usia 18 tahun pada tahun ini.
Sumber: JKJAVMY