Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Jobseeker Ni 4 Sebab Utama Korang Di Panggil Semula Untuk ‘Second Interview’

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Dalam sesi interview, HR memainkan peranan penting dalam membuat keputusan bagi menilai calon-calon yang betul-betul layak untuk jawatan yang disediakan. Melakukan interview buat kali kedua amat jarang sekali berlaku, namun bila ia terjadi bermakna calon-calon mempunyai saingan sengit dalam menilai kelayakkan kerana jawatan yang disediakan amat terhad.

Segelintir orang memikirkan bahawa interview kali pertama sudah cukup efektif bagi menilai calon-calon bedasarkan pengalaman dan hanya ‘tangkap muat’ kerana menepati kriteria-kriteria yang disediakan oleh majikan. Tak semudah itu!

Kadang-kadang calon yang menepati kriteria yang majikan mahu bukan korang sorang je, itu sebab lah HR membuat keputusan untuk melakukan interview kali kedua agar membolehkan mereka menentukan samada korang menepati tak ciri-ciri yang mereka cari dan budaya pekerjaan mereka lakukan. Jadi, siap sedia jika korang dipanggil untuk interview kali kedua, kerana HR ada sebab-sebab tertentu seperti yang Maukerja senaraikan ni iaitu:

1. Lebih Ramai Interviewer, Lebih Banyak Pandangan Mereka Raih

Semasa interview kali pertama, mungkin hanya seorang atau dua orang interviewer sahaja yang terlibat. Biasanya HR dan Manager daripada department tersebut. Tapi, dalam interview kali kedua kemungkinan lebih ramai interviewer yang turun padang untuk mengenai lebih lanjut mengenai korang. Selalunya dalam 3-4 ahli interview yang terlibat, biasanya ia membabitkan golongan atasan dan beberapa orang dalam department tersebut.

Dengan adanya lebih ramai interviews, mereka masing-masing dapat memberikan pandangan untuk membuat pertimbangan dengan lebih senang selain daripada mengenali diri korang dengan lebih mendalam.

2. Lebih Lama Masa Interview, HR Lebih Senang Nampak Prestasi Korang

Selalunya dalam interview pertama kali, sikap profesional, kreatif dan bakat yang korang ada mampu yang menarik perhatian HR ini hanya mampu bertahan dalam beberapa jam sahaja sebab kena ‘berlakon; depan mereka kan? Namun pada pusingan kedua, dari situ lah prestasi sebenarn korang terdedah, kemahiran korang betul-betul diuji dari situ barulah HR mengenali korang sebanrnya hanya ‘berlakon’ depan mereka ataupun tidak.

Ramai yang mampu memberikan prestasi yang cemerlang pada pusingan pertama, tetapi gagal pada pusingan kedua. HR sengaja nak uji sama ada korang mempunyai daya tahan dan komitmen untuk kerja lebih masa serta menghabiskan masa setengah hari di tempat kerja. Dari situ, prestasi dan dedikasi korang terhadap peranan kerja mula terselah.

Nampak mudah, tapi sangat susah untuk korang ‘berlakon’ buat kali keduak kerana dah berhabis-habisan masa waktu pertama, selain itu bukan mudah nak berpura-pura di suasana tempat kerja baru dalam setengah hari bagi membuktikan keberanian dan kebiasaan korang melaksanakan tugas dan menarik perhatian majikan.

3. HR Dapat ‘Gali’ Pasal Diri Korang Dengan Lebih Dalam Lagi

Dalam pertemuan kali kedua, kemungkinan HR tertarik dan tertarik dengan prestasi korang. Oleh itu, interview kedua adalah masa yang sesuai bagi pengurus HR untuk membincangkan isu-isu lebih kritikal dan mendapatkan perspektif calon pada huraian kerja , halangan, idea-idea baru dan meminta cadangan untuk mencapai prestasi optimum dalam kekangan masa dan persekitaran kerja di bawah tekanan.

Seperti yang kami pernah katakan dulu, ada kemungkinan calon sudah melangkah satu kaki kedalam syarikat tersebut, pendek kata HR lebih kearah ajak berbual dengan korang berbanding interview. Tapi, jaga tingkah laku dan jangan terlalu selesa kerana HR boleh berubah fikiran bila-bila masa sahaja.

4. HR Mahu Melihat Keupayaan Korang Menyiapkan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan

Nampaknya HR cukup berminat untuk melihat korang buktikan keupayaan korang seperti mana yang korang cuba yakinkan mereka semasa interview pertama. Jadi mereka membuat keputusan untuk memanggil korang melakukan temuduga kali kedua. Di situ, HR memberikan satu tugasan atau ujian kepada korang untuk disiapkan dalam masa yang HR telah tetapkan.

Tunjukkan apa yang korang dah cakap berbunga-bunga pada HR agar mereka percaya dan terus ambil korang bekerja dengan mereka. Kalau rasa takut, lebih baik tunjuk apa yang termampu dalam diri korang, tak perlu nak ‘gebang’ depan mereka sebab HR dah banyak makan garam daripada korang. Memang betul korang kena berhabis-habisan masa temuduga tapi jangan sampai korang tak jadi diri korang, akhirnya terbongkar juga.