Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Joe Biden Hanya Perlu 6 Undi Elektoral Lagi Untuk Diumum Sebagai Presiden AS Yang Baharu

WASHINGTON, 5 Nov – Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan, memetik unjuran Fox News lapor Agensi Sputnik.

Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri ini selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump. Sebanyak 99 peratus undi sudah dikira, lapor Fox.

Ia menjadikan Biden hanya memerlukan enam lagi undi daripada 270 yang diperlukan untuk diumum sebagai presiden AS yang baharu, kata laporan itu.

Terkini, Joe Biden memperoleh 264 undi mengalahkan Donald Trump hanya mendapat 214 setakat ini.

Walau bagaimanapun, Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan “segera” memohon supaya undi di Wisconsin dikira semula, kata pengurusnya Bill Stepien dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor Agensi Sputnik.

Calon Demokrat Joe Biden di depan mengatasi Trump dengan 0.6 peratus selepas 99 peratus undi dikira, menurut CNN.

“Ada keraguan serius tentang kesahihan keputusan. Presiden mahu undi dikira semula dan kami akan melakukannya dengan segera,” kata Stepien. Wisconsin memiliki sepuluh undi elektoral.

Di Wisconsin, calon presiden boleh meminta undi dikira semula jika marginnya kurang satu peratus.

Pengiraan juga berterusan di Nevada dan Arizona.

Sumber: Bernama