Jojo Berjaya Tewaskan Ye Yint Naung
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali, berjaya menumpaskan pesaing dari Myanmar, Ye Yint Naung dalam ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, malam ini.
Menurut Stadium Astro, Johan atau Jojo memenangi perlawanan itu menerusi keputusan juri selepas tiga pusingan.
Pada pusingan pertama, Jojo dan Ye Yint kelihatan lebih berhati-hati dalam melepaskan pukulan sehingga berakhir tiga minit pertama.
Memasuki pusingan kedua, Jojo melakukan serangan secara bertubi-tubi. Keadaan itu menyebabkan pendarahan di bahagian muka Ye Yint.
Pusingan terakhir pula menyaksikan Jojo lebih agresif dan melengkapkan kemenangan kelapan dalam kategori flyweight.