Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jojo Terkandas Bersama Keluarga Di Mekah

Azizah Najib
Jojo terkandas di mekah
Kredit: Johan Ghazali

Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali terkandas di Mekah bersama keluarganya apabila penerbangan pulang mereka ke Malaysia dibatalkan.

Perkara berkenaan dikongsi Johan atau Jojo menerusi Instagram Story peribadinya.

Menerusi hantaran itu, Jojo memuat naik beberapa keratan berita yang melaporkan tentang pembatalan penerbangan Malaysia Airlines antara Kuala Lumpur dan Doha, Jeddah, serta Madinah.

“Sepatutnya balik esok,” kongsi Jojo.

Dalam satu hantaran yang lain, Jojo turut memuat naik keratan emel berupa makluman pembatalan penerbangan pulangnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pada 7.10 malam hari ini.

Walau bagaimanapun, Jojo tidak melepaskan peluang yang ada untuk beribadah di Tanah Suci.

“Lebih banyak masa di sini,” kongsinya dalam satu hantaran Story yang lain.

Jaguh negara itu turut meneruskan rutin latihan ketika sahur dengan berlatarbelakangkan Menara Jam Diraja Mekah.