Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mohon Masjid Buat Pengumuman, Permintaan Wanita Ini Bikin Kecoh

WANITA MOHON PENGUMUMAN MASJID
Kredit: Fariq Azaha Hassan
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Wanita tampil mohon pengumuman di masjid ketika berbuka puasa mencetuskan pelbagai reaksi.

Setiap kali Ramadan, suasana masjid menjelang waktu berbuka sentiasa meriah dengan kehadiran jemaah.

Ada yang datang seawal petang untuk mendapatkan juadah berbuka yang disediakan. Tidak kurang juga yang memilih untuk berbuka secara sederhana sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Keadaan parkir ketika ini biasanya penuh dan laluan sekitar masjid menjadi sesak. Suasana yang padat ini kadangkala menimbulkan situasi di luar jangkaan.

Dalam keadaan beginilah, satu pengumuman luar biasa di sebuah masjid menarik perhatian ramai.

Wanita tampil mohon satu pengumuman di masjid

Kebiasaan kita dengar, seorang ibu atau bapa akan meminta pihak pengurusan masjid membuat pengumuman tentang kehilangan anak, atau ada keperluan seseorang untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan.

Kali ini, pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan masjid bikin kecoh apabila seorang wanita tampil meminta bantuan.

“Kepada pengacara majlis TNB yang tolong umumkan kehilangan suami sebelum berbuka tadi, terima kasih,” kongsi seorang pengguna Threads.

Kehadiran @littlemisszale di Masjid TNB Bangsar menjadi bualan warga maya apabila wanita tersebut meminta pihak pengurusan masjid membantunya mencari suami yang ‘hilang’.

Katanya, kejadian tersebut bermula apabila dia menurunkan suaminya dahulu untuk mengambil makanan berbuka puasa di masjid berkenaan.

“Tadi ramai sangat. Parkir pun jauh. Jadi dia kalut turun, telefon tertinggal,” kata wanita itu.

Berikutan itu, wanita tersebut cuba untuk mencari suaminya sendiri. Namun, kehadiran jemaah yang begitu ramai membuatkan dirinya keliru.

“Saya pun keliru juga tengok tadi, tak boleh nak kenal mana satu suami sendiri sebab ramai sangat.

“Terima kasih pasukan Masjid TNB Bangsar,” ucapnya lanjut.

Reaksi warga maya

Tanpa disangka, warga maya yang turut berada di sana dan mendengar pengumuman tersebut hadir di ruangan komen.

“Oh ini la tadi MC umum isteri cari suami hilang. Selalu anak hilang,” tampil warga maya.

“Lah akak ke. Kitorang pelik tau, ingatkan salah dengar. Maklumlah, lapar,” seloroh seorang lagi.

“Terkenal suami akak tadi, risau pengacara sampai umum banyak kali,” ujar yang lain.

Sumber:Threads