Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JPJ Kelantan Keluarkan 2,941 Notis Saman Semasa OPS HRA 2025

Athirah
JPJ Kelantan
Kredit: Bernama

JPJ Kelantan Keluarkan 2,941 Notis Saman Semasa OPS HRA 2025

KOTA BHARU, 8 Apr (Bernama) — Sebanyak 2,941 notis saman melibatkan 1,759 kenderaan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 sejak 24 Mac lepas.

Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata sebanyak 8,370 kenderaan telah diperiksa dan operasi berkenaan mengesan tujuh kesalahan iaitu tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, menghalang daripada memotong, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit.

“Antara kesalahan tertinggi Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dengan 402 saman dikeluarkan,” katanya kepada pemberita sempena hari terakhir Op Khas HRA 2025 di Akademi Wilayah Timur, hari ini.

Beliau berkata pada operasi sama, sebanyak 14 trip penyamaran melibatkan bas ekspres dilaksanakan dan hasil pemantauan dijalankan, 12 notis dikeluarkan kepada pemandu bas atas pelbagai kesalahan.

Mohd Misuari berkata pemeriksaan di terminal bas turut menyaksikan 12 notis dikeluarkan kepada pemilik bas manakala 10 lagi menerusi kaedah pemantauan strategi covert dan overt.

BACA: Lelaki Dakwa ‘Ditampar’ Secara Maya, Saman Syarikat Permainan Video

BACA: Jangan Buang Lebihan Nasi Himpit, Boleh Buat Resipi Lontong Goreng

BACA: Lori Tangki Terbalik & Meletup, Puluhan Kenderaan Terbakar

BACA: Jerutan Di Leher Punca Kematian Zayn Rayyan – Pakar Perubatan Perunding Forensik

Sumber: Bernama