Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

JPN Kedah Ambil Tindakan Terhadap Guru Didakwa Terlibat Salah Laku Seksual
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil serius dakwaan salah laku seksual melibatkan dua orang guru di negeri tersebut seperti yang tular di media sosial.
Dalam satu kenyataan, JPN Kedah memaklumkan kedua-dua kes berasingan terbabit kini sedang dalam siasatan.
“Tindakan telah diambil JPN untuk mengeluarkan guru terlibat dari institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) hingga siasatan selesai,” jelas JPN Kedah.
Dalam pada itu, JPN Kedah menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang melibatkan salah laku seksual.
“JPN Kedah tidak berkompromi dengan sebarang perlakuan yang melibatkan salah laku seksual dan akan terus memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan diberi perhatian,” tegasnya.
BACA: Shamsul Iskandar Didakwa Atas Empat Tuduhan Rasuah
BACA: Dewan Rakyat Hari Ini Dijangka Hangat Dengan Usul Menggantung Takiyuddin Enam Bulan
Sumber: JPN Kedah