Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jualan Lelaki Malaysia Jadi Tumpuan, Pelanggan Puji Rasa, Akui 'Ketagih' Selepas Cuba Makanan Ni

lelaki malaysia
Kredit: @weihonnngg

Jualan Lelaki Malaysia Jadi Tumpuan, Pelanggan Puji Rasa, Akui 'Ketagih' Selepas Cuba Makanan Ni

Umum diketahui, Malaysia bukan hanya kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik, tetapi juga terkenal dengan pelbagai hidangan tradisional yang memikat selera.

Antara pelbagai makanan yang menjadi kebanggaan rakyat, nasi lemak tidak dapat dinafikan sebagai juara di hati semua.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur rebus, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng, dan sambal.

Kini, ia juga dijual bersama dengan pelbagai lauk, termasuk daging, ayam, sotong, udang, paru dan banyak lagi.

Menariknya, di mana sahaja rakyat Malaysia berada, sama ada di tanah air atau di perantauan, cinta terhadap nasi lemak tetap utuh.

Pelanggan akui rasa ‘ketagih’ selepas menikmati nasi lemak

Siapa sangka hidangan kebanggaan rakyat Malaysia ini telah menjadi kegilaan segelintir masyarakat di New Zealand.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @weihonnngg di TikTok, lelaki Malaysia ini mula dikenali selepas membuka trak makanan di sebuah pasar hujung minggu di Motueka.

Selain itu, individu berkenaan turut berkongsi rutin penyediaan nasi lemak yang bermula seawal jam 5 pagi, dengan proses merebus telur, memasak nasi lemak dan memanaskan sambal sebelum dijual.

Lebih menarik lagi, @weihonnngg menyediakan ayam goreng tanpa tulang sebagai lauk utama berprotein, yang boleh dibeli secara berasingan tanpa nasi lemak.

Apa yang lebih membanggakan, pelanggan memberikan maklum balas positif selepas mencuba nasi lemaknya.

Worth waiting for you,” ujar salah seorang pelanggan.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menjadi ‘ketagih’ dan memuji keenakan makanan tersebut.

"Saya ketagih dengan makanan awak sekarang, sangat sedap minggu lepas," kata seorang pelanggan lagi.

Usahanya bukan saja menunjukkan keunikan rasa nasi lemak, tetapi juga mencerminkan semangat rakyat Malaysia yang gigih mengangkat budaya tempatan ke persada antarabangsa.

Video berkenaan mendapat 548.3k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Dalam masa yang sama, ada yang memuji cara @weihonnngg menyediakan sambal serta turut memberikan cadangan penambahbaikan.

"Itu baru ayam goreng. kalau ayam berempah ni, mahu semerbak seluruh New Zealand," komen seorang warga maya.

"Wah, sudah ada pelanggan tetap dan maklum balas yang baik. Teruskan usaha," komen seorang lagi warga maya.