Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: Bernama

Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Terus Meningkat

Azizah Najib

Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Terus Meningkat

ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi ini berbanding 4,425 orang malam tadi, sementara situasi di Perlis dan Pulau Pinang tidak banyak berubah.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 1,942 keluarga yang terjejas banjir di Kedah kini ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah. Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,424 orang, diikuti Kubang Pasu (1,537), Pokok Sena (925), Pendang (806), Kuala Muda (184), Bandar Baharu (131), dan Kulim (80).

BACA: Lapan Perjalanan Feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi Batal Akibat Ombak Kuat

Sementara itu, laman sesawang Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan jumlah sungai yang berada pada paras bahaya di negeri itu berkurangan kepada enam setakat 8 pagi.

Sungai-sungai tersebut adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Bata, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Di Perlis, seramai 114 mangsa banjir kini ditempatkan di tiga PPS di Arau dan Kangar setakat 8 pagi tadi berbanding 115 orang, malam tadi.

BACA: Apa Kaitan Air Pasang Besar Dengan Gerhana Bulan? Ini Jawapannya

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata 47 mangsa berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Musa, 37 mangsa di SK Kubang Gajah di Arau, dan 30 mangsa di SK Sena di Kangar.

Banjir di Arau melibatkan kawasan seperti Kampung Sungai Padang dan Kampung Kubang Gajah, manakala di Kangar, banjir melanda Kampung Tok Kandang, Kampung Bakau, Kampung Sena, dan Kampung Seberang Tambang.

Di Pulau Pinang, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 578 orang yang ditempatkan di lapan PPS setakat 7.30 pagi tadi berbanding 594 orang malam tadi.

BACA: Hujan Lebat, Ribut Petir Di 7 Negeri Petang Ini

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang, 168 keluarga yang terjejas banjir melibatkan tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Di SPU, sebanyak 421 mangsa ditempatkan di SK Padang Menora, SK Lahar Yooi, Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang, dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting. Di SPT, 116 mangsa berada di Sekolah Rendah Islam Maahad At Tarbiah Guar Jering, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir, dan SMK Permatang Rawa. Di SPS, 41 mangsa ditempatkan di Dewan MPKK Sanglang.

Sumber: Bernama