Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jumlah Peruntukan KPKT Kepada Negeri Johor Capai RM1.08 Bilion Bagi Tempoh Empat Tahun

KPKT
Kredit: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Jumlah Peruntukan KPKT Kepada Negeri Johor Capai RM1.08 Bilion Bagi Tempoh Empat Tahun

PUTRAJAYA, 22 Jun 2026 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.08 bilion kepada negeri Johor bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara infrastruktur, kemudahan awam serta perumahan rakyat dalam tempoh empat tahun, sejak 2022.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata, jumlah peruntukan yang signifikan itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Johor, tanpa mengira latar belakang atau kawasan.

Menurut beliau, peruntukan tersebut adalah hasil daripada pendekatan turun padang yang diamalkan KPKT menerusi Program Sentuhan Kasih yang dilaksanakan secara konsisten setiap tahun bagi mengenal pasti keperluan sebenar rakyat dan menyelesaikan isu-isu setempat secara langsung.

“Dalam tempoh empat tahun. KPKT telah mengadakan lebih daripada enam lawatan kerja rasmi ke negeri Johor. Setiap lawatan bukan sekadar memenuhi jadual rasmi, tetapi menjadi platform untuk kami mendengar sendiri suara rakyat, meneliti masalah yang dihadapi, merangka penyelesaian yang berkesan serta memantau sendiri proses penyediaan bantuan,” katanya.

Kredit: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Nga berkata kejayaan tersebut turut mencerminkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cekap dan memberi impak maksimum kepada rakyat.

“Hari ini, saya dengan rendah hati telah menjemput Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi untuk bersama-sama menyertai Program Sentuhan Kasih Johor 2026 di Flat Taman Ungku Tun Aminah, Skudai yang telah berusia lebih empat dekad pada hari Khamis ini, dimana KPKT akan menyalurkan peruntukan bagi menambah baik flat yang berusia tersebut,” katanya.

Beliau menambah, di bawah pemerinthana Kerajaan MADANI,Johor kini berada di landasan pertumbuhan yang amat strategik sebagai pintu ekonomi utama negara, sekali gus memerlukan infrastruktur bandar dan perumahan yang berkualiti untuk menyokong pembangunan masa hadapan.

Kredit: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

“Apabila Johor terus berkembang sebagai hab pelaburan dan ekonomi serantau, rakyat juga akan dapat menikmati kemudahan awam, kawasan perumahan dan persekitaran bandar yang setanding dengan aspirasi pembangunan negeri,” tambah beliau.

Program Sentuhan Kasih KPKT Johor 2026 akan berlangsung selama dua hari bermula Khamis hingga Jumaat ini melibatkan 13 lokasi.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk mendekati rakyat, menyelesaikan isu setempat dan memastikan setiap peruntukan kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti yang memerlukan.