Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jurulatih Senegal Tegas Pertahan Kewajipan Solat
Jurulatih skuad kebangsaan Senegal, Pape Thiaw, menegaskan bahawa kewajipan solat sentiasa menjadi keutamaan mengatasi sebarang komitmen sukan, termasuk perlawanan bola sepak bertaraf dunia.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang wartawan Amerika Syarikat mengenai keputusan pasukan Senegal untuk keluar menunaikan solat Jumaat walaupun terdapat amaran keselamatan susulan tiupan angin kencang di negeri New Jersey.
Menurut wartawan tersebut, pihak keselamatan sebelum ini telah menasihatkan delegasi Senegal supaya tidak keluar demi keselamatan mereka berikutan keadaan cuaca yang kurang baik.
Bagaimanapun, Pape Thiaw mempertahankan tindakan pasukannya dan menegaskan bahawa solat Jumaat merupakan kewajipan yang tidak boleh diabaikan.
"Adakah ada sesuatu yang lebih penting daripada solat? Saya rasa soalan itu bukan urusan anda," katanya.
"Kami berada di sini untuk sebuah permainan yang bersifat hiburan, namun kami tidak pernah lupa bahawa tujuan kami diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah," tambahnya.
Pape Thiaw turut menegaskan bahawa sekiranya pasukan Senegal sedang beraksi dalam perlawanan akhir FIFA World Cup sekali pun, mereka tetap akan meninggalkan padang untuk menunaikan solat Jumaat sekiranya waktunya telah tiba.
"Walaupun perlawanan akhir Piala Dunia berlangsung hari ini dan kami terlibat di dalamnya, kami tetap akan keluar untuk menunaikan solat Jumaat, walaupun tindakan itu menyebabkan kami kehilangan peluang memenangi kejohanan tersebut.
"Jangan bercakap kepada kami tentang amalan yang berkaitan dengan agama kami," tegasnya.
Kenyataan Pape Thiaw mendapat perhatian ramai di media sosial apabila beliau secara terbuka menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap agama tidak boleh diketepikan walau dalam apa jua keadaan, termasuk ketika menghadapi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.