Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jururawat Siap Pegang Tangga, Pesakit Baik Hati Tolong Baiki Kipas Di Hospital
Dimasukkan ke hospital merupakan pengalaman yang tidak menyenangkan bagi sesiapa sahaja. Menu makanan yang tidak sama seperti di luar dan rasa tidak bebas adalah antara yang boleh dirasai ketika di sana.
Pun begitu, hospital sebenarnya adalah tempat terbaik untuk kita bermuhasabah dan menghargai kesihatan diri.
Di samping itu, pelbagai momen menarik dan lucu juga dapat dilihat di wad hospital. Kadang kala ada pesakit yang terlalu ramah dan ada juga yang melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan kebosanan.
Menurut The Smart Local Thailand, video tersebut dimuat naik oleh seorang jururawat yang bertugas di hospital terbabit.
Difahamkan, pesakit itu pantas menghulurkan bantuan selepas diminta oleh seseorang. Dapat dilihat dia berdiri di atas tangga yang dipegang oleh seorang petugas hospital dan khusyuk membaiki kipas itu.
Jururawat memaklumkan warga emas terbabit dalam keadaan sihat dan masih berada di hospital pada ketika itu untuk pemerhatian lanjut.
Video itu menjadi tular di sana dan kebanyakan warganet berseloroh bahawa doktor meminta pesakit itu untuk tinggal lebih lama supaya boleh membantu memperbaiki peralatan di hospital.
Bukan itu sahaja, ramai warganet dari Malaysia yang turut memberikan reaksi terhadap video tersebut. Tidak kurang juga, ada yang berkongsi pengalaman sama di hospital.
“Mula-mula repair kipas, ini kalau dibiarkan lama-lama ni dia belajar attend PT lepas ni”
“Dahlah sakit, kena jadi tukang repair pulak hahahahaha comel je”
“Lelaki tak bercerita, tiba tiba betulkan kipas”
“Pakcik ni workaholic. Tak reti duduk diam. Selagi badan tu rasa sihat, mesti ada kerja mahu dibuat. Semoga cepat sihat pak cik”
“Saya pernah tolong cuci tandas hospital sebab tak tahan kotor sangat. Sebab jenis takmau keluar pembuangan tu kalau kotor. Sanggup beli sabun cuci tandas biar pun pasang wire masuk air kat tangan”
Sumber: The Smart Local Thailand
BACA JUGA: (Video) “Ini Kem Bina Semangat”, Pesakit COVID-19 Terharu, Frontliner Ajak Menari Bersama Untuk Pulih Semangat Walau Kepenatan Bertugas