Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

JYY Group Lancarkan Hab Pengalaman Cenderamata Pertama Dibuka Di KLIA Terminal 2

JYY

JYY Group Lancarkan Hab Pengalaman Cenderamata Pertama Dibuka Di KLIA Terminal 2

Malaysia melakar satu lagi pencapaian penting dalam sektor pelancongan dan penjenamaan menerusi pelancaran rasmi MyTreasure (singkatan ‘Malaysia’s Treasure’), JYY Group Hab Pengalaman Cenderamata & Kesejahteraan pertama yang kini beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2). 

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, JYY Group mengilhamkan MyTreasure dengan misi untuk meneroka, meraikan dan mengangkat khazanah tersembunyi Malaysia. Inisiatif ini menghimpunkan produk kesejahteraan semula jadi, cita rasa tempatan, pengalaman budaya serta jenama Malaysia dalam satu destinasi untuk diterokai pelancong dari seluruh dunia.

Majlis perasmian berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBrs Encik Mohd Amirul Rizal bin Abdul Rahim, yang menyifatkan inisiatif ini sebagai platform bermakna untuk memperkenalkan keunikan Malaysia ke persada antarabangsa. 

Beliau berkata: “Malaysia memiliki pelbagai khazanah, namun cabaran terbesar kita selama ini ialah bagaimana untuk mempersembahkannya kepada dunia dengan cara yang bermakna dan meninggalkan kenangan. MyTreasure mencerminkan kerjasama awam-swasta yang kritikal dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026. Kerajaan menyediakan platform dan hala tuju, manakala syarikat berwawasan seperti JYY Group menghidupkan kisah Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada JYY Group, serta berharap MyTreasure akan menjadi simbol jenama Malaysia yang mampu mewakili negara, budaya dan warisan kita dengan penuh kebanggaan di persada dunia.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan JYY, Alann Tan berkata: “Selepas hampir dua dekad menceburi industri cenderamata, kami menyedari Malaysia kaya dengan produk, tradisi dan kisah yang luar biasa. Namun, banyak daripadanya masih belum diterokai dunia. Kesedaran ini mengilhamkan MyTreasure – yang bukan sekadar gedung runcit, tetapi ‘pemburu khazanah’ Malaysia. Kami menjelajah seluruh negara untuk mencari khazanah tempatan yang asli, memilih yang terbaik dan menghimpunkannya di bawah satu bumbung supaya setiap pelancong dapat menemui yang terbaik tentang Malaysia sebelum meninggalkan bumi ini.” 

Terletak di KLIA Terminal 2, antara pintu masuk antarabangsa paling sibuk di negara ini, MyTreasure menawarkan pengalaman yang melangkaui konsep membeli-belah konvensional dengan menggabungkan elemen kesejahteraan, budaya, gastronomi dan cenderamata di bawah satu bumbung, sekali gus menampilkan koleksi khazanah semula jadi dan budaya Malaysia yang paling dibanggakan.

Menemui Khazanah Semula Jadi Malaysia 

Di teras MyTreasure ialah koleksi produk yang dipilih dengan teliti, diinspirasikan daripada biodiversiti Malaysia, warisan kesejahteraan serta kebanggaan tempatan. Antaranya ialah madu kelulut (Trigona Honey) yang diperoleh daripada hutan hujan Malaysia Timur. Madu yang jarang ditemui dan bernilai tinggi ini terkenal dengan sifat antibakteria semula jadinya, kandungan nutrisi yang kaya serta manfaat indeks glisemik (GI) yang rendah.

Sering dianggap sebagai salah satu khazanah kesejahteraan tersembunyi Malaysia, madu kelulut kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna yang mencari pilihan semula jadi dan lestari untuk menyokong kesejahteraan harian mereka. 

Sarang Burung Pekat Lo Hong Ka pula dituai dari Gua Gomantong di Sabah dan dihasilkan menggunakan resipi warisan eksklusif serta proses penyediaan yang telah diperkasakan selama 28 tahun. Produk premium ini diiktiraf sebagai antara khazanah kesejahteraan paling bernilai di Malaysia, melambangkan kekayaan biodiversiti, warisan serta legasi kesejahteraan negara. 

Sebagai simbol cenderamata nasional generasi baharu, MyTreasure menawarkan pengalaman yang lebih bermakna kepada pelancong untuk mencipta kenangan dan berkongsi pengalaman mereka di Malaysia. Usaha ini diperkukuh melalui kerjasama dengan Tourism Malaysia, termasuk menampilkan elemen rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 seperti maskot ‘Wira’ dan ‘Manja’ pada pembungkusan serta paparan produk terpilih.

Pengalaman Budaya ‘A Taste of Malaysia’ 

Menyedari makanan sering menjadi kenangan paling mendalam, MyTreasure memperkenalkan pengalaman ‘A Taste of Malaysia’ yang berasaskan cita rasa ikonik dan warisan kulinari tempatan. Sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai budaya, setiap hidangan membolehkan pelancong menikmati cita rasa Malaysia sambil mengenali kisah, tradisi dan identiti negara. 

Pengunjung boleh menikmati sajian eksklusif seperti aiskrim Trigona Honey, minuman istimewa berasaskan madu, kek awan pandan dan kopi durian. Konsep pengalaman ini direka untuk menggalakkan para pelancong merasai dan menghargai cita rasa Malaysia sebelum memilih hadiah untuk dibawa pulang. Hab utama ini turut menampilkan barangan eksklusif serta aksesori gaya hidup yang diinspirasikan oleh Malaysia, sekali gus memperkayakan pengalaman pemberian hadiah dan menawarkan cenderamata istimewa yang meraikan budaya serta identiti negara.

JYNNS Propolis Madu Kelulut Dilancarkan Secara Rasmi 

Bersempena pelancaran MyTreasure, JYY Group turut memperkenalkan JYNNS propolis madu kelulut sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengangkat khazanah kesejahteraan semula jadi Malaysia sebagai penyelesaian bermakna bagi gaya hidup moden.

JYY Group menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memperkukuh penyelidikan saintifik, pembangunan produk serta pengiktirafan global terhadap madu kelulut Malaysia. 

Kajian terkini bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mendapati JYNNS propolis madu kelulut spray tersenarai antara produk terbaik dalam ujian terhadap Streptococcus pyogenes, bakteria yang lazim dikaitkan dengan ketidakselesaan tekak. Produk ini turut menunjukkan aktiviti antibakteria tinggi terhadap E. coli dan Salmonella Typhimurium. Dapatan tersebut juga menonjolkan sifat antioksidan dan anti-radang yang kuat, sekali gus mengukuhkan potensi global propolis madu kelulut Malaysia.

Ganjaran Eksklusif dan Promosi Sempena Pembukaan 

Bagi meraikan pembukaan MyTreasure, pelbagai promosi eksklusif ditawarkan khas kepada para pelancong: 

  • Pelanggan yang membuat sebarang pembelian di cawangan MyTreasure layak membeli e-Baucar WCT Buddy Shopping dengan diskaun 20% menerusi Voucher Bonanza Sales Promotion, tertakluk kepada konsep siapa cepat, dia dapat.

  • Pengunjung boleh menebus Aiskrim Trigona Honey secara percuma dengan hanya menunjukkan pas masuk penerbangan (boarding pass) di cawangan MyTreasure KLIA2. (Promosi sah sehingga 30 Jun 2026.) 

  • Nikmati promosi istimewa bagi JYNNS Trigona Honey dan Lo Hong Ka Concentrated Bird's Nest, termasuk tawaran Beli 2 Percuma 3 serta diskaun sehingga 60%. (Promosi sah sehingga 30 Jun 2026.) 

  • Pelanggan juga boleh menikmati promosi eksklusif Beli 1 Percuma 1 bagi produk MyTreasure terpilih di semua cawangan JYNNS di seluruh negara. (Promosi sah sehingga 21 Jun 2026.) 

Ketika Malaysia bersedia menyambut jutaan pengunjung sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, MyTreasure membolehkan pelancong menikmati dan membawa pulang yang terbaik dari Malaysia, sekali gus mengangkat khazanah tempatan ke peringkat global.