Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KA Menitis Air Mata Tengok Netizen 'Hidupkan' Memori Melalui Resipinya Bersama Insan Tersayang
Khairul Aming merupakan seorang pempengaruh ternama tanah air yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Memilik puluhan juta pengikut yang terkumpul di pelbagai platform media sosial menjadi tanda gerak-gerinya sentiasa menjadi perhatian orang ramai.
Terbaru menerusi hantaran @Khairul Aming di Threads, beliau berasa rasa sebak apabila menonton beberapa video yang dikongsikan oleh warga maya.
Video-video tersebut memaparkan momen-momen di mana resepi yang dikongsikan olehnya telah menjadi sebahagian daripada kenangan manis ramai orang.
KA berkata hatinya terasa tersentuh kerana resipinya bukan sahaja memberi inspirasi dalam dunia masakan, malah turut menyatukan keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang penuh kasih sayang.
"9 tahun lalu, saya seorang diri di rumah sewa, buat video masak tanpa tahu ada orang yang menonton atau tidak. Tahun demi tahun, kita mula kenal satu sama lain
"Ada yang dari zaman belajar kini sudah bekerja, ada yang bujang kini sudah berkahwin, ada yang sudah menjadi ibu bapa, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kita," katanya.
Beliau juga berkongsi perasaan peribadinya terhadap kenangan yang tidak dapat diulang kembali.
“Saya sudah tidak dapat cipta detik-detik ini bersama arwah ayah, tapi bila melihat korang gembira memasak bersama keluarga, itu bermakna segalanya bagi saya
"Dari Malaysia ke seluruh dunia, terima kasih semua atas segalanya,” ujar KA di ruangan kapsyen.
Setiap gelak tawa, senyuman dan detik kebahagiaan yang dirakam wargamaya dalam video-video itu, membuktikan bahawa masakan bukan sekadar makanan, bahkan medium untuk mengeratkan hubungan dan memori manis bersama orang tersayang.
Dalam masa sama, hantaran itu mendapat ribuan komen dan reaksi daripada warga maya yang turut sama berkongsi pengalaman mereka.
Ramai yang bersetuju bahawa makanan bukan sahaja mengenyangkan perut, malah boleh menjadi 'jambatan' kepada kenangan dan ikatan kasih sayang.
