Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kadang Di Luar Nampak Elok,” Wanita Ini Kongsikan Tips Pilih Bawang Yang Elok Dan Tidak Rosak

Gambar Hiasan Via Rosie Zam
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Walaupun proses memasak kelihatan mudah dan cepat namun ada juga sesetengah orang yang mempunyai masalah untuk memilih dan membeli bahan-bahan masakan.

Manakan tidak, kebanyakan bahan seperti bawang pasti akan mudah rosak atau berbau walaupun baru sahaja beberapa hari dibeli.

Disebabkan itu, anda boleh mengikuti tips yang telah dikongsikan oleh Rosie Zam ini bagi memilih bawang yang elok.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

Nah saya kongsikan tips memilih bawang yang elok.

1. Pangkalnya tidak busuk atau lembik.

2. Baunya tidak berubah. Kadang di luar nampak elok, tetapi di dalamnya busuk.

3. Tidak sedikit pun bahagian bawang itu berair.

Sekarang dah tahu kan. Ini tips pilih bawang bukan membawang tau.

#tipsrosie

Gambar Via Rosie Zam

Selain itu, Rosie Zam juga turut berkongsikan tips untuk memilih timun yang elok dan tidak pahit.

Gambar: Rosie Zam

Diharapkan melalui tips ini, isteri atau ibu tak perlu risau kalau nak suruh suami dan anak belikan bawang dan timun lepas ni.

Sumber:

Rosie Zam