Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kadar Pengangguran Golongan Belia Meningkat – Steven Sim

Iqbal Yasir
kadar pengangguran belia meningkat
Gambar: Bernama

Kadar Pengangguran Golongan Belia Meningkat – Steven Sim

KUALA LUMPUR — Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun mencatatkan peningkatan daripada 270,800 orang pada suku kedua 2024 kepada 286,500 orang pada suku sama tahun 2025.

Perkara itu dimakumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berdasarkan laporan Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tambahnya, guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran siswazah pula mencatatkan penurunan daripada 1.55 juta orang (pada kadar 34.2 peratus) pada tahun 2022 kepada 1.54 juta orang (pada kadar 32.4 peratus) pada tahun 2023.

Susulan itu, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mencakupi aspek latihan kemahiran serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Antara jabatandan agensi terlibat seperti Talent Corporation Malaysia Berhad (Talent Corp), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Menerusi inisiatif itu, kerajaan mengambil langkah strategik dalam menangani isu ketidakpadanan kemahiran melalui tindakan-tindakan pro aktif.

BACA: Tiada Elemen Jenayah, Salah Guna Kuasa Dikesan Dalam Projek MyKiosk – KPKT

“TalentCorp telah menerbitkan Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia (Critical Occupations List – MyCOL) sejak tahun 2015 sebagai penanda aras untuk penelitian keperluan pekerjaan dan kemahiran kritikal yang diperlukan oleh pihak industri.

“Di samping itu, TalentCorp juga telah menjalankan Kajian Impak Kecerdasan Buatan (AI), Digital, dan Ekonomi Hijau untuk memahami kesannya terhadap tenaga kerja Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian ini, portal digital MyMAHIR.my telah dibangunkan.

“Portal ini berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyediakan maklumat tentang peranan pekerjaan masa depan, kemahiran yang diperlukan, dan program latihan yang bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja semasa. Bagi memastikan keselarasan kemahiran dengan keperluan industri, MyMAHIR Future Skills Talent Council (FSTC) telah ditubuhkan untuk menentukan bentuk latihan yang diperlukan oleh industri dan memilih pusat latihan yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan Senator Datuk Salehuddin Saidin mengenai langkah kerajaan menangani kadar pengangguran belia yang tinggi hingga 10.8 peratus dan graduan universiti bekerja tidak sepadan dengan kelulusan mereka perolehi pada semalam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata JPK pembaharuan sistem latihan dan pensijilan kemahiran agar lebih anjal dan sejajar dengan keperluan semasa industri.

Antaranya termasuk semakan semula Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) agar selaras dengan permintaan pasaran buruh semasa, seperti tenaga boleh diperbaharui, keselamatan siber, automasi industri, dan pendigitalan.

Sehingga suku pertama 2025, sebanyak 1,972 NOSS aktif tersedia untuk pelaksanaan, manakala sistem latihan disokong oleh 1,625 Pusat Bertauliah di seluruh negara.

“Seterusnya, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menawarkan pelbagai kursus melalui program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) bagi membantu pencari kerja termasuk para belia memasuki pasaran kerja,” katanya lagi.

Sumber: Parlimen Malaysia