Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kagum, Kisah Hidup Kazou Si Kucing Buta Buat Netizen Sebak

Kazou ditemui ketika masih kecil dengan keadaan matanya yang sudah rosak teruk akibat selesema. Malangnya ketika ditemui, mata Kazou tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang melalui pembedahan.

Namun, kehilangan mata diusianya yang masih kecil, tidak menghalan Kazou menjadi kucing yang sempurna.

Ia tetap lincah, berani dan manja walaupun tidak dapat melihat apa yang ada disekelilingnya. Kehebatan Kazou mencuit hati ramai orang yang berjumpa dengannya.

Walaupun cacat dan pernah menjadi kucing jalanan suatu masa dulu, Kazou pastinya seekor kucing yang bertuah dan tuannya yakin, ia dapat melihat menerusi hatinya.

Sumber: Blind Kazou