Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kakitangan Awam Negeri Kedah Terima Bantuan Khas RM400

Syed Faisal Sayed Muhammad
Bantuan khas rm400 kedah
Kredit BERNAMA

Kakitangan Awam Negeri Kedah Terima Bantuan Khas RM400

ALOR SETAR, 23 Ogos (Bernama) — Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

“Ada keputusan besar juga diputuskan sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam kerajaan negeri.

“(Jadi) kita beri kakitangan awam kerajaan negeri RM400,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco pertama penggal ini di Wisma Darul Aman di sini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata pelantikan 10 Exco Kedah baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sangat membantu beliau dalam meneruskan agenda pembangunan serta pentadbiran negeri.

Sumber: BERNAMA