Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Kalau Simpan Banyak-Banyak Boleh 'Claim' Apa-Apa Tak?"Netizen Tunjuk Hasil Kreatif Guna Tag Plastik Roti

Tag plastik roti
Kredit: Threads @azlanggggg
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Setiap orang ada hobi mengumpul barang tersendiri.

Ada yang mengumpul setem, duit lama dan barangan antik, tetapi ada juga yang memilih benda-benda kecil yang mungkin dianggap tidak berguna oleh orang lain.

Walaupun nampak remeh, barangan yang dikumpul itu kadangkala mempunyai nilai tersendiri, sama ada sebagai kenangan, koleksi peribadi atau bahan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Kongsi koleksi tag plastik roti

Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Threads, @azlanggggg mengenai koleksi tag plastik roti mencuri perhatian netizen apabila ramai turut berkongsi koleksi serta idea kreatif masing-masing.

Menerusi hantaran tersebut, dia memaparkan koleksi tag plastik roti yang dikumpulkan sambil berseloroh bertanya, “Kalau simpan banyak-banyak boleh ‘claim’ apa-apa tak?”

Rupa-rupanya, bukan dia seorang sahaja yang gemar mengumpulkan benda kecil berkenaan.

Ruangan komen turut dibanjiri perkongsian netizen yang mempunyai koleksi tersendiri, malah ada yang memanfaatkannya untuk menghasilkan pelbagai benda kreatif.

Ada yang menjadikan tag plastik roti sebagai rantai kunci atau keychain, manakala ada juga yang menggunakannya sebagai bahan untuk pertandingan pakaian daripada bahan terpakai.

Selain itu, seorang pengguna turut berkongsi hasil junk journal yang dihiasi dengan tag plastik roti yang disusun rapi, menjadikan koleksi kecil itu sebahagian daripada hiasan jurnal yang kreatif dan menarik.

Perkongsian itu sekali gus menunjukkan bagaimana benda yang lazimnya dianggap remeh boleh diberi nafas baharu melalui kreativiti, sehingga menjadi bahan untuk menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik.

Warna tag roti ada maksud tersendiri

Tidak ketinggalan, ada juga netizen yang berkongsi maklumat mengenai maksud di sebalik warna tag plastik roti yang digunakan.

Warna berbeza pada tag tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan hari roti berkenaan dihasilkan.

Sebagai contoh, tag berwarna kuning dikatakan menandakan roti itu dihasilkan pada hari Rabu.

Namun, kod warna tersebut perlu dirujuk mengikut jenama roti masing-masing bagi memastikan ketepatan maklumat.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat koleksi tag plastik roti tersebut. Ada yang tertanya-tanya bagaimana pemiliknya boleh menyimpan begitu banyak tag, sedangkan benda kecil itu mudah hilang atau rosak ketika membuka bungkusan roti.

Malah, ada juga yang berseloroh bahawa koleksi seperti itu mungkin tidak akan bertahan lama jika berada di tangan ibu mereka kerana pasti dibuang.

“Sempat lagi kumpul, kalau mak aku dah humban ke tong sampah,” seloroh seorang netizen.

Seorang lagi berkongsi pengalaman berbeza apabila tag plastik itu dikatakan mudah patah ketika cuba digunakan semula.

“Elok ya, aku tak sempat kumpul, buka roti nak kepit balik dah patah dua,” tulisnya.

Tidak kurang juga yang menganggap kebolehan menyimpan tag plastik roti dalam jumlah yang banyak sebagai satu misteri, memandangkan mereka sendiri sering kehilangannya selepas membuka bungkusan roti.

“Misteri ni, apa rahsia boleh simpan sebanyak ini? Saya kalau buka roti nak makan satu keping je kononnya, tiba-tiba tag ni menyorok, last-last guna getah je ikat,” kongsi seorang pengguna.

Intipati
  • Pengguna Threads, @azlanggggg berkongsi koleksi tag plastik roti yang menarik perhatian netizen.
  • Netizen turut berkongsi idea menggunakan tag roti sebagai keychain, hiasan jurnal dan bahan pertandingan.
  • Warna tag roti dikatakan berkait hari pengeluaran, tetapi perlu dirujuk mengikut jenama.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan